'SATU Ikatan' -peringatan bagi yang lupa

'SATU Ikatan' -peringatan bagi yang lupa
"DI ANTARA ORANG-ORANG MUKMIN ITU ADA ORANG-ORANG YANG MENEPATI APA YANG TELAH DIJANJIKAN KEPADA ALLAH . & DI ANTARA MEREKA ADA YANG GUGUR & DI ANTARA MEREKA ADA PULA YANG MENUNGGU-NUNGGU & MEREKA SEDIKIT PUN TIDAK MENGUBAH(JANJINYA)"[33:23]

Sebuah Perjalanan Di Jalan Dakwah 1 Pencerahan

pencerahan sebuah perjalanan dakwah.

Pencerahan Di Jalan Dakwah

Jalan dakwah yg mesti kita lalui adalah jalan dakwah yg dilalui oleh Rasulullah saw.

Soal Diri Dan Janji Kepada Allah

Suatu surat yang ditulis kepada seseorang adalah satu permintaan kepada seseorang..

Hakikat Ummat Islam Adalah Bersatu Hati=Formula Kemenangan Islam

DIKISAHKAN kisah Bani Nadhir dalam surah Alhasyr selepas surah Al-mujadilah bagi menyambung kisah perjuangan ummat Islam yg diberi gelaran Hizbullah. (Parti Allah/ golongan Allah).

Secebis Kata Untuk Dirasa

apa yang difahami dengan perkataan diatas? atau lebih spesifik apa yang umat islam faham tentang perkataan diatas?

Thursday 23 April 2009

Slot cdgn dan tazkiyah @seumpama dgnnya..


minta pd ikhwah yg hadir dpt memberi komen dan cdgn utk ana menggerakkan blog ini atas urusan dakwah
mungkin ada nasihat2 boleh letakkan dlm ruangan comment ..
harap pd semua yg mengenali...atau yg masih belum kenal
utk sama2 mengomen..
supaya kita sentiasa dlm jalan yg benar
bukan pula jalan org yg salah fahamannya
dan bukan pula jln org yg disesatkan..
mohon ya wahai ikhwah yg aku sayangi.
ana uhibbukafillah

Wednesday 22 April 2009

tak ade?!!!dimana??!

Bersyukur dgn apa yg masih ada..
kembalilah wahai diri yg sentiasa faqir pd pertolongan dan pengharapan pd Yg maha memberi pertolongan dan pd hanyasanya Dia sajalah tempat pengharapan..
bisiklah dlm diri bhw aku bersyukur dgn nikmat yg masih ada disisiku..
ayah dan emak masih ade disisiku..
alhamdulillah mereka masih ade..
sayangilah mereka..
bercakaplah dgn mereka...
berbuat baiklah dgn mereka...
patuhlah pd permintaan mereka..
wahai diri...
hargailah apa yg engkau ade dr engkau menyesal atau memarahi diri terhadap apa yg telah pg..
aku masih ade ibu bapa... hargailah mereka..
aku masih ade kaki dan tangan... gunakanlah sebaik2nya..
aku masih dlm keadaan sihat.. jgn tunggu sakit baru nak berangan...
gunekanlah nikmat sihat utk memperbanykkan taat pd perintah Maha Agong..
tidak terpisah pula nikmat iman dan amal
hargailah iman yg ade... dgn meperbanyakkan amal dgn nya...
nikmat masa...
gunakanlah yg masih tersisa...
jgn sesekali putus asa...
islam sendiri mengajar kita..
bukan mukmin bg yg putus asa..
krn sifat putus asa itu hnnya sifat org yg bukan islam...
hargailah apa yg ade gunakanlah sebaik2nya.. manfaatkan sepenuhnya kerana itulah maksud dan erti bg kalimah syukur..
dimanakah org yg bersyukur?!
"teramat sedikit org yg bersyukur"... jdkan aku golongan yg sikit itu... yaAllah...

Monday 20 April 2009

Islam yg salah?!

1.apabila kite perhatikan pd insan yg bergelar muslim.. pasti kite akan dapati dia berlebihan dlm satu sisi dan mengabaikan sisi yg lain atau emperhatikan suatu hal dan mengabaikan hal2 lain..

2. sbg contoh kite mendptkan sbhgian mereka rajin solat dan selalu berada di soff pertama, tp kdg2 x memperdulkan thdp bau busuk yg keluar dr mulutya atau dari ketiaknya..
3.ada juga yg taat pd Allah patuh dan khusyuk akan tetapi kurang bergaul sesama manusia(silaturrahmi).
4.ade juga rajin ibadah dan menuntut ilmu akan tetapi lalai dm mendidik anaknya x peduli apa yg mereka baca atau dgn siapa anaknya berteman atau dia sgt memperhatikan anaknya tp dlm mase yg sama dia sendiri derhaka pd org tua, kasar pergaulannya dgn mrk...
5. ade juga org yg beragama n soleh tp x meperhatikan etika islam dlm mengucapkan salam ketika ertemu, makan, minum , dan duduk serta berbicara dgn org lain..
6. yg sgt mengecewakan ialah---> kekurangan ini terdapat pd sbhgian org yg berkecimpung atau terlibat dlm dakwah...
7.apa yg dikatakan islam yg syumul/ yg lengkap mencakupi semua permasalahan kehidupan?
8.apa yg AlQuran sebut ttg kehidupan ini?apa yg alquran ajar ttg islam.. ape tu islam sbnarnye..
kenapa yg selalu solat dan beribadah pd Allah tidak termasuk dlm golongan org y mengamalkan islam yg sebnar??!

bile kite bertanya ttg patriotisme pasti ade yg pandai menjawb ape tu patriotisme
ape tu nasionalisme..ape sejarah malaysia
ramai yg tahu..
tpkan.. bile kite mula bertanya apa asal kita,.. bgamana kita boleh berada dlm agama islam
maka mulalah tak tau..
ape sejarah yg berlaku pd umat islam
ramai yg tak tahu...
bile tanya ape berlaku pd rasulullah mase berdakwah
ramai yg angkat kening
pelik susah ke rasulullah berdakwah?
bukanke rasululah tu nabi senang je la sbb ade Allah..?
pernah kite tahu rasulullah pernah berjalan berbunyi sbgmana kite brjalan setelah melalui air sungai.. selipar basah dgn air tp rasulullah basah dgn darah
krn berdakwah!

siape kite dgn dakwah ya akhi!!!
siape?siape? kembalilah pd islam yg sebnar bukan sbhgian2...

Bagaimana dgn tahjudmu wahai akhi(2)?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيم

وَمِنَ الَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ

Apakah kelebihan-kelebihan tahjud?


• Solat Paling Afdhal Setelah Solat Fardhu
“Solat yang paling afdhal setelah solat wajib adalah qiyamullail
(tahajjud).” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

• Waktu Mustajabnya Doa
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:
“Sesungguhnya dari sebahagian malam itu ada satu waktu yang tidak menyamai kebaikannya bagi seorang muslim untuk memohonkan sesuatu yang baik kepada Allah Ta’ala, melainkan Allah pasti akan mengabulkannya. Demikian itu ada pada setiap malam.” (HR Muslim)

• Lebih Baik Dari Dunia dan Seisinya
Dua raka’at yang dilakukan oleh seorang hamba di tengah malam itu adalah lebih baik baginya daripada dunia ini serta seluruh isinya. (HR Adam bin Abu Iyas)

• Meningkatkan Darjat Di sisi Allah
Dan pada sebahagian malam hari, sembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadat tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat terpuji.” – (Surah al-Isra, ayat 79).

Dari Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah lagi bermaksud:
“Allah mengasihi seorang lelaki yang bangun tengah malam lalu dia mengerjakan sembahyang dan membangunkan isterinya untuk turut sama bersembahyang.
Kalau isterinya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya. Dan Allah mengasihi seorang wanita yang bangun tengah malam untuk mengerjakan sembahyang lalu dia membangunkan suaminya untuk turut yang sama. Kalau suaminya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya.” (HR Abu Daud dengan isnad yang sahih)

• Ibadah Ahli Syurga
Firman Allah lagi dalam surah as Sajdah, ayat ke-16 dan 17 bermaksud:
“Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, bahkan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

"Orang-orang yang bertaqwa itu sedikit sekali tidurnya di waktu malam. Di waktu menjelang fajar pagi, mereka itu berdoa memohonkan pengampunan dan dari sebahagian hartanya dijadikan hak yang diberikan pada yang meminta dan yang kekurangan.” [Surah Az-Dzaariyaat: 17-19]

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:
“Hendaklah kamu semua menetapi solat malam, sebab yang demikian itu adalah perilaku orang-orang yang soleh sebelum kamu.” (HR Tirmidzi)

Dari Abdullah bin Salam r.a bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Hai sekalian manusia, ratakanlah salam, berikanlah makanan, bersolatlah di waktu malam sedang para manusia sedang tidur, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga dengan selamat.” (HR Tirmidzi).

• Keteladanan Salafussoleh
Ibnul Qayyim Al-Jauzy melakukan solat malam, dilanjutkan dengan solat Subuh dan kemudian dilanjutkan dengan solat dhuha, setelah itu barulah beliau beranjak melakukan aktiviti-aktiviti yang lain. Lalu beliau berkata,”jika hal ini tidak aku lakukan maka sungguh sangat berat.”

Dalam riwayat Ibnu Ishaq dan Ahmad dari Jabir bin Abdullah r.a. ia menceritakan; “Kami berangkat bersama Rasulullah SAW pada perang Dzatur Riqaa’.
Pada kesempatan itu tertawanlah seorang wanita musyrikin. Setelah Rasulullah SAW berangkat pulang, suami wanita itu yang sebelumnya tidak ada di rumah baru saja datang. Kemudian lelaki itu bersumpah tidak akan berhenti mencari sebelum dapat mengalirkan darah para sahabat Muhammad SAW.
Lalu lelaki itu keluar mengikuti jejak perjalanan Rasulullah SAW. Pada sebuah lorong di suatu lembah Rasulullah SAW bersama para sahabat berhenti. Kemudian beliau bersabda, “Siapakah di antara kalian yang bersedia menjaga kita malam ini?” Jabir berkata, “Maka majulah seorang dari Muhajirin dan seorang lagi dari Anshar lalu keduanya menjawab, ‘Kami siap untuk berjaga ya Rasulullah’. Nabi Muhammad SAW berpesan: “Jagalah kami di mulut lorong ini.”

Jabir menceritakan waktu itu, Rasulullah bersama para sahabat berhenti di lorong suatu lembah.
Ketika kedua orang sahabat itu ke ke mulut lorong, sahabat Anshar berkata pada sahabat Muhajirin, ‘Pukul berapa engkau inginkan aku berjaga, apakah permulaan malam ataukah akhir malam?’ Sahabat Muhajirin menjawab; ‘Jagalah kami di awal malam’, kemudian sahabat Muhajirin itu berbaring tidur. Sedangkan sahabat Anshar melakukan solat.

Jabir berkata, datanglah lelaki musyrikin itu dan ketika mengenali sahabat Anshar, musyrikin itu mengetahui bahwa sahabat itu sedang hirasah. Kemudian orang itu memanahnya tepat mengenai diri Ansar tersebut, lalu sahabat Ansar itu mencabutnya kemudian berdiri tegak melanjutkan solatnya. Kemudian orang musyrikin itu memanahnya lagi dan tepat mengenainya lagi, lalu sahabat itu mencabut kembali anak panah itukemudian berdiri tegak melanjutkan solatnya. Kemudian untuk ketiga kalinya orang itu memanah kembali sahabat Anshar tersebut dan tepat mengenai dirinya. Lalu dicabut pula anak panah itu kemudian ia rukuk dan sujud. Setelah itu ia membangunkan sahabat Muhajirin seraya berkata, ‘Duduklah kerana aku telah dilukai.’ Jabir berkata, Kemudian sahabat Muhajirin itu melompat mencari orang yang melukai sahabat Anshar itu. Ketika orang musyrikin itu melihat keduanya ia sedar bahawa dirinya telah diketahui maka ia pun melarikan diri. Ketika sahabat Muhajirin mengetahui darah yang melumuri sahabat Anshar, ia berkata, ‘Subhanallah kenapa engkau tidak membangunkan aku dari tadi?’ Sahabat Anshar menjawab, ‘Aku sedang membaca surah dan aku tidak ingin memutusnya. Namun, setelah orang itu berkali-kali memanahku barulah aku ruku’ dan memberitahukan dirimu. Demi Allah SWT kalau bukan kerana takut mengabaikan tugas penjagaan yang diperintahkan Rasulullah SAW kepadaku niscaya nafasku akan berhenti sebelum aku membatalkan solat.’

Bagaimana mudah untuk bangun solat malam?
Petua dari Imam Al-Ghazali:
1.
Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.

2.
Jangan tinggalkan tidur qailulah di siang hari.

3.
Mengetahui dan menginsafi benar-benar keutamaan solat malam dengan mentadabburi selalu ayat-ayat Qur’an dan hadis-hadis serta kisah-kisah salafussoleh berkenaan dengan bangun malam.

4.
Meningkatkan rasa cinta kepada Allah, rasa cinta yang sebenar-benarnya. Istiqamah dalam beribadah di waktu malam itu merupakan anugerah yang Allah berikan kepada kekasih-kekasih-Nya. Bersihkanlah diri dan hati daripada unsur-unsur syirik baik yang nyata atau yang tersembunyi, dan peliharalah ibadah sebelumnya, sesungguhnya seseorang yang berat beban dosanya dari amalan yang dilakukan sebelum tidurnya itu pasti memberatkannya untuk bangkit berkhalwah dengan Allah yang Maha Suci di malam hari.

Wallahu’alam- dipetik dr mutiara hati....

Islamic Hijri Calendar

Musti BACA.. perkara yg pelbagai!

Ta'adud Dan Pluralisme Jamaah : Satu Realiti

petikan dr:Wadi Alqurra

PAS, PKPIM, ABIM, ISMA, GAMIS...ah...kalian senaraikan sendiri, bukan tujuan ana mahu menyenaraikan satu2, tapi hakikatnya begitulah, sudah berbilang jamaah kita di Malaysia ini yang rata2nya mempunyai aspirasi yang sama, KE'IZZAH'AN ISLAM!. Memang tiada penafian ke arah itu, semuanya mahukan ISLAM menjadi paksi, jika ada yang menolak aspirasi ini, maka nyahlah kamu, bukan tempatnya kamu di sini, bahkan di bumi ini pun tiada tempat bagimu.

Sekali pandang, sungguh!...Percambahan bilangan jamaah itu adalah suatu yang positif, dapat kita lihat umat islam sekarang semakin bijak mengatur organisasi, tertubuhnya pelbagai nama baru dengan sistem, manhaj dan aspek teknikal yang berbeza2. Kepelbagaian cara pelaksanaan dan tumpuan oleh jamaah2 yang lahir itu memberi tafsiran yang baik pada umumnya bukan?...

Sudah ana katakan, itu jika sekali pandang, tapi bila dipandang 2 atau 3 kali, dan pandanglah dalam2, maka ada sesuatu yang boleh dijadukan isu. Mari kita pergi lebih jauh, kalian selalu saja dengar bukan perbezaan pendapat itu rahmat, mungkin benar...tetapi pendapat yang bagaimana, siapa yang berbeza pendapat itu, apa isunya, itu perlu juga diteliti.

Sedikit sebanyak ia merungkai satu aspek di mana, perbezaan pendapat antara golongan yang alim dan golongan jahil bukanlah sesuatu yang sama, kerana apa? yang alim itu berbeza pendapat dengan ilmu tetapi yang jahil berbeza pendapat dengan nafsu! maka di mana mahu datang rahmatnya jika begitu?...keadaan yang sama juga dapat di qiaskan dari sini apabila apa yang dibezakan itu adakah satu perkara kebaikan atau satu perkara yang boleh membwa mafsadah. Contohnya, 2 orang penyangak mahu merompak, seorang mahu merompak bank, seorang lagi mahu merompak kedai emas, apakah itu kita panggil perbezaan pendapat membwa rahmat?...kalian punya akal utk memikirkannya.

Malah Ibn Qasim ra pernah berkata :

“ Aku mendengar dari Malik (imam malik) dan dari Laits mereka bercakap perihal perbezaan pendapat dikalangan sahabat Rasulullah SAW bukanlah seperti apa yang diperkatakan oleh orang awam iaitu sebagai rahmat sebaliknya mereka (Imam malik dan Imam Laits) menyebut pada perbezaan pendapat dikalangan sahabat itu wujud benar dan salah! "

Ia menunjukkan dimana, setiap kali peselisihan itu berlaku, pasti ada yang benar dan pasti ada yang salah, atau boleh kita wasatiahkan sedikit disini, setiap kali ada perbezaan pendapat pasti ada yang benar dan yang kurang benar sedikit dimana, ia juga dilandasan betul menuruti syara', cumanya kurang tepat jika dikira waqi dan sebagainya. Jika mahu berselisih, perlulah dengan adab, bukan nafsu semata.

Mahu berbeza2 dan berbilang2 tidak ana katakan secara totok ianya salah, tetapi perlu dilihat keadaan, masa, tempat, siapa dan apa yang mahu di perselisihkan atau lebih terang ana katakan...mahu berkelompok kelompok itu perlu ada dasarnya yang teguh dan utuh, jika ia mampu membawa mafsadah dan kerosakan yang membinasa gerakan Islam yang sedia ada, maka hukumnya boleh meningkat kepada haram!...tetapi bilamana ia membawa maslahah dan kebaikan yang mampu membina, maka memanglah digalakkan demi ISLAM!

Maksud firman Allah SWT :
“ Janganlah kamu menjadi seperti orang yang musyrikin iaitu mereka yang BERPECAH-BELAH dalam agama mereka dan setiap HIZBI (golongan, parti, jemaah) itu bergembira dengan apa yang merka punyai”
ar Rum : 31-32

“ Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah BERCERAI BERAI dan BERSELISIHAN (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar”
Ali Imran : 103-105

Ta'adud dan pluralisme jemaah ini bukan lahir di zaman ini, sudah berkurun diperdebat, sudah pelbagai pendapat dan aturan di perjelas, cumanya masih lagi menjadi permasalahan hinggalah sekarang kerana ketidakfahaman yang jelas sesetengah pihak, memperjuangkan jamaah, bukannya Islam, kewujudan jamaah adalah untuk Islam, Islam bukan alat untuk mempejuangkan ideologi jamaah2 tertentu, maka jika yang kita agung2kan itu hanya jamaah yang disertai saja, silap dan kelemahan sendiri tidak mahu diakui, bila ditegur masih buat hal sendiri, maka jamaah apa ini?...sudahlah begitu, diserang serang pula yang lain...soal pengkaderan usah cerita, saling berebut mahu ahli, ah!...adakah ini kebaikan yang kamu cari? Adakah begitu adabnya jika mahu Islam menjadi mulia, kalian punya akal!

Syeikh2 besar kita, bukan syeikh tabligh atau tareqat ya, sekarang kita tumpu soal gerakan, maka syeikh2 haraki yang mahu ana bawa. Mereka2 itu telahpun menggariskan pelbagai panduan bagi pejuang2 dan gerakan Islam, hanya saja tinggal kita untuk mengikutinya. Soal Ta'adud ini syeikh Yusuf al Qardhawi pernah berkata dalam Min Fiqhid Daulah Fil Islam :

" Tiada halangan ta'adud jemaah yg beramal untuk Islam, selagi mana terdapat keuzuran untuk mewujudkan sebuah kesatuan disebabkan kelainan matlamat, manhaj, fahaman dan thiqah kepada setengah yg lain berdasarkan kepada ta'adud takhassus dan tanawwu’ dan bukan ta'adud tudhod dan tanaqud.Semuanya wajib berdiri dalam satu sof pada setiap perkara yg mengembalikan ketuanan Islam, aqidah Islamiah dan keizzahan umat Islam "

Telah ana ulaskan tadi, ana tidak menolak ta'adud dan pluralisme jamaah, secara jelas bukan kalian pastinya faham kata2 di atas, tiada halangan tapi masih lagi bersyarat. Syeikh Solah Shawi pula pernah mengatakan dalam Mada Syariyyatul Intima' :

" Sesungguhnya ta'adud yang diterima dilapangan amal Islami ialah taadud takhassus dan tanawwu’ bukannya ta'adud tudhod wa tanaqud. Adapun taadud yg memecahkan wala umat Islam,melaknati sesama manusia merupakan wabak dan kecelakaan yg mengubah waqi' kepada tersebar fitnah dan membuka jalan kepada pandangan untuk mula beruzlah "

Dan satu lagi bicara kata yang perlu di ambil iktibar untuk semua, adalah dari kata2 Syeikh Mustafar Masyhur yang mana katanya di dalam Wahdatul Amal Fi Qatril Wahid :

" Adapun kewajipan dan pendirian kami tentang jemaah2(selain Ikhwan Muslimin) ialah apa yang diperluaskan oleh agama Islam daripada sifat kasih sayang, mawaddah, nasihat menasihati, bantu membantu diatas dasar kebajikan dan mengelak perselisihan dan pertelingkahan serta berusaha untuk bersatu "

Jadi pastinya jelas bagi QURRA' sekalian bukan, selagi mana ia mampu membawa KE'IZZAH'AN buat Islam, tiada masalah ta'adud dan pluralisme jamaah, hanya yang amat perlu di tekankan adalah syarat2 yang telah dijelaskan, adab dalam bejemaah, dan lain2. Jika menubuhkan satu jamaah, dan ia mampu membawa kerosakan kepada jamaah sedia ada, maka diamlah, itu lebih baik buat kamu, bantu saja yang sudah sedia ada, insyaAllah, usaha kalian jika ikhlas Allah ade utk menilai...

afwan ana amik sekerat je..
teruskan bekerja utk islam! capai kesatuan utk menegakkan keIzzahan islam itu kembali..
jgn takut dan jgn risau
"Aku hendak memperingatkan kpdmu satu hal sahaja iaitu agar
kamu mencari kebenaran krn Allah dgn ikhlas berdua2 atau bersendiri-sendiri" s.34:46
-salam moga apa yg diketengahkan klu skiranya ade kesalahan mohon dibetulkan-

Pastikan POSISI anda kini dlm keadaan MENGINGATI ALLAH..