'SATU Ikatan' -peringatan bagi yang lupa

'SATU Ikatan' -peringatan bagi yang lupa
"DI ANTARA ORANG-ORANG MUKMIN ITU ADA ORANG-ORANG YANG MENEPATI APA YANG TELAH DIJANJIKAN KEPADA ALLAH . & DI ANTARA MEREKA ADA YANG GUGUR & DI ANTARA MEREKA ADA PULA YANG MENUNGGU-NUNGGU & MEREKA SEDIKIT PUN TIDAK MENGUBAH(JANJINYA)"[33:23]

Sebuah Perjalanan Di Jalan Dakwah 1 Pencerahan

pencerahan sebuah perjalanan dakwah.

Pencerahan Di Jalan Dakwah

Jalan dakwah yg mesti kita lalui adalah jalan dakwah yg dilalui oleh Rasulullah saw.

Soal Diri Dan Janji Kepada Allah

Suatu surat yang ditulis kepada seseorang adalah satu permintaan kepada seseorang..

Hakikat Ummat Islam Adalah Bersatu Hati=Formula Kemenangan Islam

DIKISAHKAN kisah Bani Nadhir dalam surah Alhasyr selepas surah Al-mujadilah bagi menyambung kisah perjuangan ummat Islam yg diberi gelaran Hizbullah. (Parti Allah/ golongan Allah).

Secebis Kata Untuk Dirasa

apa yang difahami dengan perkataan diatas? atau lebih spesifik apa yang umat islam faham tentang perkataan diatas?

Saturday 16 July 2011

Memartabatkan syariat

Sedikit petikan yang bermakna yang jelas untuk di pelajari bersama:

"1. Tujuan perjuangan Islam adalah untuk memartabatkan syariat. Dengan itu ia mesti juga berlandaskan syariat pada matlamat dan wasilahnya.

2.Cara yang betul adalah dengan mengkaji syariat demi memahami kehendak syariat dari perjuangan Islam. Apa matlamat yang syariat nak kita capai? Apa wasilah yang syariat suruh kita gunakan? Apa bentuk gerakerja yang syariat perintahkan kita ikut? Apa larangan yang ditegah oleh syariat? Bila kita faham syariat, barulah betul apa yang kita buat.

3. Ada sesetengah yang menggunakan cara yang salah. Mereka buat strategi guna akal, kemudian cari hujah dari Al-Quran dan Sunnah untuk mengiyakan strategi mereka. Dalil-dalil juz'ie tidak dibaca dalam kelompok maqasid kulliah. Lalu berlagalah di antara dalil-dalil juz'ie itu. Juga tanpa disedari 'strategi guna akal dan diiyakan dengan dalil juz'ie' itu tidak menuju ke arah penegakan maqasid kulliah. Golongan ini juga adakalanya menggunakan hujah maqasid kulliah, tetapi malangnya oleh kerana kuatnya kehendak akal, bila mereka masuk ke dalam perbincangan maqasid, mereka tidak jumpa jalan untuk keluar darinya.

4. Beza kelompok pertama dan kedua adalah; kelompok pertama pasrah kepada kehendak syariat …. manakala kelompok kedua sentiasa berharap moga-moga syariat menyokong kehendak akal mereka."

Dipetik dari : http://satuperkongsian.wordpress.com/2011/06/06/syariat-dan-perjuangan-islam/

Friday 8 July 2011

Pesanan untuk saudaraku: DF bukan 2 muka

Risalah Dakwah Fardiah

Risalah ini seolah-olah kecil pada pandangan manusia

Namun ia memberikan makna yang sangat besar

Dakwah fardiah ini mengarahkan kepada sudut-sudut besar dalam dakwah(mengajak) kepada Allah

Dia membimbing seseorang pemuda kepada punca, sumber, asal sesebuah dakwah yang sahih

Mengarahkan kepada peripentingnya berpegang teguh kepada manhaj islam dalam beramal(berkerja)

Peripenting keluar dari perasaan mementingkan diri sendiri, keluar dari kesenangan diri sendiri atau keseronokan diri sendiri

Betapa pentingnya kembali melihat kepada apa yang telah dilaksanakan oleh para utusan(rasul-rasul) Allah dalam dakwah, dimana mereka diberikan tanggungjawab untuk beramal untuknya dan mengumpulkan manusia diatas dakwah ini.

Dakwah fardiah bukanlah satu rekaan baru yzng dibuat-buat. Dakwah fardiah ini telah tercatat jelas dalam kitab alQuran , sunnah dan amal para salafussoleh dalam membawa manhaj ilahi diatas muka bumi ini. Dan ia akan berterusan oleh mereka yg mengikutinya sehingga hari kiamat.

Kalau kita lihat dari sirah nabawiyah kita dpat lihat dakwah fardiah ini dibuat oleh generasi awal dakwah islam.

Hubungan nabi Muhammad saw. Dengan abu bakar, dan abu bakar dengan para sahabat besar yang lain kesan daripada dakwah abu bakar antaranya: utsman bin affan, Abdurrahman bin auf, zubir b al awam, saad bin abi waqas, talhah bin ubaidillah.. dan lain-lain lagi.

Dakwah fardiah adalah method yg mudah. Apa yang diperlukan hanyalah kesungguhan dan kesabaran.

Dakwah ini kepada orang disekeliling kita. Alhamdulillah semuanya muslim beragama islam tapi mereka melalaikan dari beberapa hak terhadap agama mereka. Mereka tidak bersungguh-sungguh pada diri mereka untuk berpegang teguh dengan kebenaran dan jalan lurus yang menyampaikan dia ke syurga dan redha Allah.

Wajib untuk menyedarkan mereka mengingatkan terhadap apa yang telah difardhukan Allah keatas mereka daripada kefadhuan yang ada. Dan menyuruh mereka untuk tidak meninggalkannya, bahkan mereka juga melalaikan hak pada agama mereka kerana tidak berusaha membantu memenangkan agama ini dan tidak bekerja untuk mengangkat panjinya, dan menjadikan syariat atau ketetapan Allah itu sebagai yang tertinggi.

Bagi mereka yang ingin melaksanakan dakwah fardiah ini semestinya dia menjadi qudwah kepada yang lain,

qudwah yg sebenar bg setiap kata-kata yang dilafazkannya, dan setiap perlakuan yang dia lakukan ,

kerana manusia melihat kepada siapa yang menyeru mereka kpd Allah, dimana mereka terhadap apa yang mereka seru.(adakah mereka seperti mana mereka seru). Bila mana mereka melihat daie yang menyeru itu berbuat sesuai dengan pa yang diseru maka mereka yang diseru akan mudah untuk menerima dakwah mereka dan terikat dengan Al haq (kebenran ) yang dibawa oleh Daie tadi. Dan mereka akan berlapang dada untuk menerima risalah agung ini, risalah tauhid.

Kita (sebagai seorang daie) bertanggungjawab utk menghubungkan manusia dengan tuhan mereka, dan mengukuhkan ikatan mereka dengan Tuhan. Allah itu dimana saja mereka berada, dan Dia mengetahui apa yang dibisikkan dalam diri setiap orang, dan Dia Allah itu lebih dekat dari urat leher manusia.

Kita (sbg seorang daie) bertanggungjawab bertemu dengan manusia dalam hari-hari kebesaran islam yang mana akan disana akan terbukanya hati-hati manusia, yang menyediakan jiwa-jiwa. Seperti bulan ramadhan, hari-hari raya, maal hijrah, maulidurrasul dan sebagainya.

Kita (sebagai seorang daie) bertanggungjwab utk menziarahi orang yang sakit, membantu mereka yang memerlukan, menyambung silatur rahim dan menyambung hubungan dengan jiran. Menjadikan kita sentiasa berkhidmat utk manusia lain. Kita tidak langsung mengharapkan pembalasan dan penghargaan bahkan yg kita hendak hanyalah keselamatan mereka dan kesenangan mereka di dunia dan di akhirat.


Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." (Yusuf 12:108)

Semoga Allah menjadikan amal-amal kita seluruhnya adalah kebaikan disisi Allah dan menjadikan amal ini hanya untuk redhaNya semata-mata. Dan jangan kerana yang lain dari itu.. amin ya Rabbal alamin.

Muqaddimah dakwah fardiyah

Pastikan POSISI anda kini dlm keadaan MENGINGATI ALLAH..