'SATU Ikatan' -peringatan bagi yang lupa

'SATU Ikatan' -peringatan bagi yang lupa
"DI ANTARA ORANG-ORANG MUKMIN ITU ADA ORANG-ORANG YANG MENEPATI APA YANG TELAH DIJANJIKAN KEPADA ALLAH . & DI ANTARA MEREKA ADA YANG GUGUR & DI ANTARA MEREKA ADA PULA YANG MENUNGGU-NUNGGU & MEREKA SEDIKIT PUN TIDAK MENGUBAH(JANJINYA)"[33:23]

Wednesday 30 May 2012

Hakikat ummat islam adalah bersatu hati= formula kemenangan ISLAM

DIKISAHKAN kisah Bani Nadhir dalam surah Alhasyr selepas surah Al-mujadilah  bagi menyambung kisah perjuangan ummat Islam yg diberi gelaran Hizbullah. (Parti Allah/  golongan Allah) .

Hizbullah adalah gelaran bagi kelompok manusia yang tumbuh hasil dari didikan para Nabi/ utusan Allah yang berjuang/ berperang dengan Jahiliyah/ Taghut atau selain dari didikan Wahyu yg dibawa oleh para utusan Allah.

senang cerita, Golongan ini terbentuk atas wahyu Allah, mereka menentang segala yang datang yang bukan bersumberkan dari wahyu Allah atau bukan bersumberkan kepatuhan kepada Tuhan Pencipta.

Golongan ini disifatkan oleh Allah dlm surah alhasyr sebagai golongan yang bersatu hati, hatinya sayang menyayangi antara satu sama lain walau berlainan kelompok/jenis.

sifat asal bagi parti/golongan Allah ini adalah bersatu hati sesama mereka walaupun berbeza kelompok.
asas mereka adalah keimanan, menjadikan mereka saling berkasih sayang, bersifat memberi sayang, bukan menerima sayang/menanti sayang, sehinggakan melebihi dari diri sendiri, tidak ada dalam hati mereka sedikit pun dari sebarang perkara melainkan CINTA sesama mereka yang beriman.

mereka mendoakan satu sama lain, mereka memohon keampunan satu sama lain, mereka yang lebih lama dipanjatkan doa & dipohon keampunan tidak ada sifat benci/ tak puas hati terhadap mereka. mereka yang suatu masa dahulu memperjuangkan agama ini bersatu hati dengan mereka yang memperjuangkan agama ini dimasa kini. mereka satu batalion. mereka adalah satu.

secara rumusannya mereka ini BERSATU HATI. itulah GOLONGAN ALLAH!

DIDUNIA ini hanya ada DUA GOLONGAN.

HIZBULLAH vs hizbussyaitan

hizbussyaitan pula adalah kelompok yang dididik dengan hawa nafsu, bergerak berpandukan hawa nafsu manusia/ pemikiran manusia/ percaturan manusia atau dengan kata lain mereka membuat sistem sendiri berdasarkan akal mereka dan memperjuangkannya. bg mereka itulah fitrah yang perlu diperjuangkan!

hizbussyaitan ini nampak kuat. tapi hakikatnya yang sebenar mereka ini "berpecah hati" berbeza keinginan, berbeza hala tuju, berbeza kemaslahatan yang ingin dicapai mereka saling bergeser sesama mereka, mereka saling menjatuhkan sesama mereka.

HAKIKAT mereka adalah BERPECAH.

orang kafir HAKIKAT mereka adalah BERPECAH. mereka TAK PERNAH BERSATU.
melainkan BERSATU utk menjatuhkan ISLAM rasululah sebut : alkufr millatun wahidah. orang2 kafir berbeza ideologi sesama mereka saling bergaduh/bergeser namun bila bertemu dengan ISLAM mereka bersatu, agama yang satu, ideologi yang satu.

HAKIKATNYA MEREKA TAK AKAN DAPAT KALAHKAN ISLAM (GOLONGAN ALLAH)
kerana hakikat mereka adalah berpecah. Dan Hakikat islam adalah bersatu hati.

Golongan Allah ini satu ketumbukan yg takkan berpecah.
orang kafir & munafik hanya menunggu utk memecahkan kesatuan antara mereka sbagaimana mereka cuba utk memecah belahkan kesatuan antara muhajirin dan ansar dengan pelbagai cubaan.

kerana SOLUSI utk KALAHKAN ISLAM (GOLONGAN ALLAH ) ini adlah dengan PECAHKAN KESATUAN MEREKA.

tapi PERKARA INI TAK TERJADI, harapan Abdullah b Ubay b Salul tak kesampaian, ketumbukan yang dididik oleh Rasulullah adalah ketumbukan/ kelompok yang menjiwai al-quran dlm kehidupan mereka. hati mereka setia bersatu. walau pelbagai fitnah yang cuba utk menghilangkan tsiqah antara mereka.

KEMENANGAN BERPIHAK PADA ISLAM dengan terusirnya Bani Nadhir setelah 26 malam kepungan terhadap bani Nadhir.

Golongan Allah inilah yang dimaksudkan akan menang dalam memperjuangkan Agama ini.
DALAM PERLAWANAN ANTARA HIZBULLAH DGN HIZBUSSYAITAN INI KEMENANGAN BERPIHAK PADA MEREKA YANG BERSATU. DAN GOLONGAN ALLAH INILAH HAKIKAT DIJADIKAN MEREKA ADALAH BERSATU, dan mereka yang kafir hakikat mereka adalah berpecah.

jadi SOLUSI KEKUATAN UMMAT INI ADALAH :

- kembali kepada pelaksanaan isi kandung alquran.
- berpegang teguh dengan wahyu Allah
- sentiasa menjaga kesatuan hati sesama orang yang beriman.




0 komen:

Post a Comment

Pastikan POSISI anda kini dlm keadaan MENGINGATI ALLAH..