'SATU Ikatan' -peringatan bagi yang lupa

'SATU Ikatan' -peringatan bagi yang lupa
"DI ANTARA ORANG-ORANG MUKMIN ITU ADA ORANG-ORANG YANG MENEPATI APA YANG TELAH DIJANJIKAN KEPADA ALLAH . & DI ANTARA MEREKA ADA YANG GUGUR & DI ANTARA MEREKA ADA PULA YANG MENUNGGU-NUNGGU & MEREKA SEDIKIT PUN TIDAK MENGUBAH(JANJINYA)"[33:23]

Tuesday, 23 June 2009

KEBENARAN



Assalamualaikum buat teman yg membaca entry "org yg tak reti menulis"..
tak reti nak menyampaikan idea2,
kerana setiap idea atau pemikiran itu mesti berlandaskan kebenaran,
bukan pula berdasarkan keinginan utk menulis semata2,
atau keinginan utk mendapat sbrg pujian,
atau keinginan utk mendapatkan status blog paling diminati,
atau ape2 saje yg bukan dilandaskan dgn KEBENARAN..

"ape ke bendalah KEBENARAN tu..."

"Dan katakanlah( wahai Rasulullah) KEBENARAN itu datang dari Tuhanmu..."s. Alkahfi,18:29

haa..
KEBENARAN itu adlh apa yg diturunkan oleh Allah dan apa yg disampaikan oleh rasulnya.. betulkan.. itu asasnya..

jd bile kebenaran tu dtg dr Allah apa kene mengene dgn penulisan atau penyampaian2 idea2 ni?
erm..
lepas kita tahu td kebenaran itu dtg dr Allah maka perlunya satu lagi step,
ape ye..
"sama ada kita nak terima atau tidak kebenaran tersebut"
betul tak..
takpelah mari kite tgk sambungan ayat td..

"Brangsiapa menghendaki (beriman) maka hendaklah dia beriman, brgsiapa yg menginginkan (kafir) maka biarlah dia menjadi kafir" s. alkahfi18:29

erm...
apa yg nak sampaikan ialah kalu kite seorg yg beriman..
haa..
kejap.. ape maksud iman ye...
maksud iman bukanke
(1)keyakinan yg mendalam didalam hati
(2)membenarkan keyakinan itu melalui kata2nya

(3) membenarkan pula keyakinan itu melalui perbuatnnya..

kalu takda salah satu akan terhasillah satu struktur objek yg lain..
sbgaimana kita lihat dlm biochem..amino acid...
hilang satu sahaja CH2 pda
glutamate maka ia akan menjadi aspartate betul tak?






glutamate ----> aspartate

jd kalu 2 yg ok dr tiga..
tp...
'keyakinan yg mendalam d dlam hati' hilang...
kata2nye penuh dgn unsur2 islam...
solatnya bukan main..
ibadahnya hebat..
kopiah tak pernah lepas..
tpi x gune langsung disisi Allah..
Allah tak pandang satu habuk pun amalan dia..
kerana strukturnya sudah berubah bukan lagi stuktur 'BERIMAN'
tp strukturnya sudah betukar menjadi 'MUNAFIK'

kalu soal hati setel..
soal berbuat apa yg islam suruh setel..
mcm islam suruh bersistem
dia bersistem
islam suruh bersih
dia seorg yg pembersih
islam surh jgn makan rasuah
dia tak makan rasuah..
tp soal pembenaran dr kata2(lidah/lisannya) takde..
kerana lidahnya tak reti utk mengucapkan kalimah Tauhid..
meyakini hanya Allah yg ditaati...
maka strukturnya juga sudah berubah masih bukan 'BERIMAN'
namun struktur seperti ini dinamakan 'KAFIR'

kalu soal hati setel soal lidah setel
tp ade slack pd perbuatan..
bile bercakap ttg islam dia tak berbuat..
tahu hukum hakam tapi tak ikut..
tahu Allah sentiasa melihat akan hamba2nya
tp masih lagi mengumpat...
bile tak tahu hukum satu bende,
pakai buat hukum
tak nak tanya org yg lebih tahu..
kalu org macam ni struktur objek hampir berubah
tp masih lagi dlm struktur 'BERIMAN'
ade nama bg struktur ni
'munafiq amali'.
tp masih diterima disisi Allah... insyaAllah
(pendiri fahaman ahli sunnah wa jamaah)

---> haa.. kita sambung balik tadi
saya sebut td "apa yg nak sampaikan ialah kalu kite seorg yg beriman.."
betulkan?
jd apa yg ingin disampaikan ialah,,
kalu kita org yg beriman kita jgn jdi ketiga2 struktur ini
tp jadilah struktur 'beriman' sepenuhnya..
iaitu kite berbuat satu perkara mesti berlandaskan KEBENARAN..
ape tu KEBENARAN?
dah disebutkan td..
iaitu apa yg dtg dr Allah dan apa yg disampaikan oleh RasulNYA...
ape yg perlu dibuat dgn kebenaran?
kita beriman dgnya..
dgn struktur 'BERIMAN' yg sebnarnya bukan yg hampir berubah...
jd bila camtu kita berbuat satu perkara walaupun sekecil2nya ia adlh berasal dr
keyakinan yg mendalam didalam hati dan dibenarkan pula dgn lidah dan dibenarkan pula dgn perbuatannya...

dlm hal ape2 skali pun... landasan kita adlh KEBENARAN
nak bercakap..
nak membuat..
atau nak menulis..
atau ape2 je...
akhir sekali..

"Katakanlah: aku hendak memperingatkan kepadamu satu hal sahaja iaitu agar kamu mencari kebenaran kerana Allah(dgn ikhlas) berdua-duan atau besendirian" s. asSaba,34:46

setakat tu sahaja..
sumber: alquran, tafsir ibn katsir, syarah rasmul bayan, kitab rakaidzuDdakwah
disemak:ustaz salman


3 comments:

  1. Salam. ana mempunyai masalh identiti. dan diharap dengan ilmu yg anta ada. sedikit sebanyak dapat membantu masalh ini.
    ana adalh seorang hamba yg masih lagi belajar untuk mendalami ilmu Allah. tetapi pada masa yang sama ana suka kepada hal keduniaan. ana berkawan dengan sahabat yang seperti ana. cintakan ilmu Allah dan sentiasa menambah dan mempelajari ilmu Allah. jika hendak dibandingkan ana dengan anta ibarat langit dan bumi.
    dan ana juga berkawan dengan sahabat yang cintakan nikmat dunia.sahabat jenis ini melakukan solat, puasa seperti biasa tetapi juga meminati hal2 yang tiada faedah dan tidak berasaskan kebenaran seperti YMasengger..tetapi berbual bukan diatas kebenaran...facebook...dan bermacam lagi jaringan kini..
    dan ana seakan dipengaruhi oleh dua keadaan berikut..ana suka pada ilmu Allah tetapi tidak berterusan seperti hanya yang membaca buku2 ilmiah. ana adalh seorang yang ingin menjadi baik..tetapi usaha untuk menjadi baik itu lemah..kerana ana dibayangi oleh keseronokan melakukan sesuatu yang bukan berlandaskan kebenaran..dan penulisan blog ana ada yang diatas kebenaran dan adakalanya tidak..dan apabila membaca post ini..baru ana tersedar yang ana melakukan kesilapan..tetapi masalhnya ana menulis berdasarkan perasaan..jika ana rasa ianya perlu diceritakan dan ana akan menulis..tetapi di akhir entri ana akan kaitkan entry itu bersama2 dengan unsur nasihat..adakah tindakan ana betul..atau sekadar memilih jalan kelabu...diharap anta dapat memberi pandangan pada comment ini

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. salam kembali kpd hamba Allah,
    pertamanya saya dahulkan dgn mohon maaf..
    saya masih lg terhad dlm bab ilmu..
    sape saye utk berbicara ttg ilmu skiranya saya tidak diawasi oleh seorg guru/murobbi,
    hmm..
    jd saya hanya akan menjawab hanya dgn jawapan yg mungkin ringkas moga Allah menjadikan jwpn ringkas itu membawa kpd amalan yg istiqamah..

    (1)"Wahai org2 yg BERIMAN! masuklah kamu semua kedalam ISLAM SECARA KESELURUHAN dan jgnlah kamu ikuti langkah2 syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yg nyata bgmu" s.albaqarah2:208
    -bg menjawab berkenaan identiti inilah identiti kite 'islam yg seluruhnya' bukan separuh2 atau sekerat2..
    -dlm hadith berkenaan 2 org sahabat rasulullah Saidina Abu bakar dan hanzolah..
    yg mane abu bkar terlihat hanzolah kesedihan maka ditanya KAIFA ENTA YA HANZOLAH? kenape ni hanzolah? maka hanzolah jwb "naa fiqu hanzolah!" terkejut abu bakar dibuatnya.. maka ditanya kenape.. maka diceritakanlah
    ketika mana aku bersama rasulullah, rasulullah mengingtkan ttg api neraka dan syurga aku merasakan seolah2 aku nampak dgn kedua mataku (ketakutan dan kdahsyatan api neraka dan kenikmatan syurga) tp bilamane aku bersama dgn isteri dan anak2 aku bergembira dan aku melawak berseronok aku lupe akan peringatan rasululah sbntar td!!" ingatkan cite ni... maka abu bakar pun menangis maka mereka berjumpa dgn Rasulullah maka rasululah menjawab(saya ringkaskan) "sa'AH ila sa'AH" semuanya ade masa2nya.. mase study jgn hirau bende lain study2lah yg terbaik kalu mase ibadah utk akhirat ibadah betul2 jgn fikir ttg dunia.. itulah kefahaman yg diterapkan oleh rasululah -ops terpanjang pulak-..
    jadi tak bermasalah kalu waktu tu adalah masanye utk ber YM YM lah mase utk berFACEBOOK cume biarlah ia dilandasi dgn apa kata Allah dan apa pula kata sayyidina Muhammad,rasulNYA. kalu tidak tinggalkanlah..
    -penulisan td tidak ade maslah kalu kita nak menuliskan pengalaman kita dan mengaitkan dgn nasihat2 itu tidak salah.. sebaik2nya kita penuhi seruan Rasulullah KHAIRUNNAS ANFU'uHUM LINNAS""-sebaik2 manusia adlh yg paling bnyk bg manfaat pd org lain-
    maaf sekali lagi AllahuA'alam bisawab..

    ReplyDelete

Pastikan POSISI anda kini dlm keadaan MENGINGATI ALLAH..