Bukankah..
Suatu surat
yang ditulis kepada seseorang adalah satu permintaan kepada seseorang. Sebagai contoh
seorang kawan menghantar surat kerana
rindukan pada seorang sahabatnya adalah satu permintaan utk dihubungkan
hubungan yang mula kendur/kabur/ hilang @ dengan kata lain permintaan utk
menguatkan hubungan .
Mak menghantar
surat kepada anaknya supaya belajar bersungguh-sungguh diperantauan juga adalah
satu permintaan utk dilaksanakan semasa diluar negara. Jadi benarlah Surat adalah suatu permintaan.
Kalau begitu
bagaimana pula surat yang kita baca berulang-ulangkali terutamanya dibulan
ramadhan ini? Iaitu alquran?
Surat Allah
dari langit kepada kita, manusia, ciptaaNya yang diletakkan dibumi. Apakah juga
mempunyai permintaan? atau ia hanyalah surat utk dibaca dan disimpan? Tak bukan..
Bahkan ia
turun kepada para sahabat diketika memerlukan, ia adlah surat Allah direct bagi
memecahkan persoalan2/permasalahan2 yang dihadapi oleh kumpulan pertama para
sahabat bersama rasululullah. Jadi ia adalh satu surat yang mengandungi
permintaan supaya dilakukan supaya ia dapat keluar dari permsalahan yang ada.
Jadi disini
ingin dikongsikan bersama suatu surah
yang disebut sebagai s. saff.61
Ringkasnya 2
point utama yang ingin disampaikan oleh Allah dalam surah ini:
1 1) Agama islam ini
adlah suatu manhaj Allah yang terakhir
dari silisilah perjuangan yang berterusan oleh para nabi dan akhirnya bersambung pada
noktah terakhir iaitu pada nabi Muhammad saw. Utk melaksanakan misinya didunia
ini iaitu utk memenangkan agama ini diatas semua agama. Dan ia dibebani kepad
ummat rasulullah utk melaksanakan misi ini. Misi ini masih belum selesai.
2 2) Dari misi ini maka apa yang diperlukan adalah
kegigihan niat, jihad yang berterusan, dalam sebuah jemaah muslimah,
sebagaimana jemaah muslimah pertama sebagai wasilah utk menegakkan agama Allah
ini utk dimenangkan atas semua agama dimuka bumi. Membentuk diri menjadi salah
satu komponen jemaah muslimah utk menegakkan agama Allah. Jadilah kamu
pendokong agama Allah sebagaiamana isla berkata kepada hawariyunnya maka
dijawab kamilah pendokong agama Allah!
Jadi sebagai
kesimpulan:
Perkara utama:
-misi
dibumi adalah memenangkan agama ini diatas semua agama. Dengan kata lain: agama
ini mesti dihormati digeruni dituruti oleh pihak pihak kawan dan lawan. Agama
ini bergerak dengan sebebas-bebasnya. Tanpa ada sekatan yang menyekat. Dan itulah
yang dimaksudkan dia berada diatas sekali. Takde sorang boleh sekat dia.
-misi ini
tidak boleh selesai dengan melaksanakan tanpa niat yang gigih, niat gigih yang sedia
ada tidak mampu utk melaksanakan misi ini sekiranya berseorangan ia memerlukan
suatu kelompok bersama utk menegakkan agama ini. Dan perlu membina ummat ini
sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh Allah swt. Dan perlunya sentiasa membina ummat yang
sentiasa berjihad utk mempertahankan dan memperjuangkan agama ini.
Wallahua’alam
0 komen:
Post a Comment