Ta'adud Dan Pluralisme Jamaah : Satu Realiti
petikan dr:Wadi AlqurraPAS, PKPIM, ABIM, ISMA, GAMIS...ah...kalian senaraikan sendiri, bukan tujuan ana mahu menyenaraikan satu2, tapi hakikatnya begitulah, sudah berbilang jamaah kita di Malaysia ini yang rata2nya mempunyai aspirasi yang sama, KE'IZZAH'AN ISLAM!. Memang tiada penafian ke arah itu, semuanya mahukan ISLAM menjadi paksi, jika ada yang menolak aspirasi ini, maka nyahlah kamu, bukan tempatnya kamu di sini, bahkan di bumi ini pun tiada tempat bagimu.
Sekali pandang, sungguh!...Percambahan bilangan jamaah itu adalah suatu yang positif, dapat kita lihat umat islam sekarang semakin bijak mengatur organisasi, tertubuhnya pelbagai nama baru dengan sistem, manhaj dan aspek teknikal yang berbeza2. Kepelbagaian cara pelaksanaan dan tumpuan oleh jamaah2 yang lahir itu memberi tafsiran yang baik pada umumnya bukan?...
Sudah ana katakan, itu jika sekali pandang, tapi bila dipandang 2 atau 3 kali, dan pandanglah dalam2, maka ada sesuatu yang boleh dijadukan isu. Mari kita pergi lebih jauh, kalian selalu saja dengar bukan perbezaan pendapat itu rahmat, mungkin benar...tetapi pendapat yang bagaimana, siapa yang berbeza pendapat itu, apa isunya, itu perlu juga diteliti.
Sedikit sebanyak ia merungkai satu aspek di mana, perbezaan pendapat antara golongan yang alim dan golongan jahil bukanlah sesuatu yang sama, kerana apa? yang alim itu berbeza pendapat dengan ilmu tetapi yang jahil berbeza pendapat dengan nafsu! maka di mana mahu datang rahmatnya jika begitu?...keadaan yang sama juga dapat di qiaskan dari sini apabila apa yang dibezakan itu adakah satu perkara kebaikan atau satu perkara yang boleh membwa mafsadah. Contohnya, 2 orang penyangak mahu merompak, seorang mahu merompak bank, seorang lagi mahu merompak kedai emas, apakah itu kita panggil perbezaan pendapat membwa rahmat?...kalian punya akal utk memikirkannya.

Malah Ibn Qasim ra pernah berkata :
“ Aku mendengar dari Malik (imam malik) dan dari Laits mereka bercakap perihal perbezaan pendapat dikalangan sahabat Rasulullah SAW bukanlah seperti apa yang diperkatakan oleh orang awam iaitu sebagai rahmat sebaliknya mereka (Imam malik dan Imam Laits) menyebut pada perbezaan pendapat dikalangan sahabat itu wujud benar dan salah! "
Ia menunjukkan dimana, setiap kali peselisihan itu berlaku, pasti ada yang benar dan pasti ada yang salah, atau boleh kita wasatiahkan sedikit disini, setiap kali ada perbezaan pendapat pasti ada yang benar dan yang kurang benar sedikit dimana, ia juga dilandasan betul menuruti syara', cumanya kurang tepat jika dikira waqi dan sebagainya. Jika mahu berselisih, perlulah dengan adab, bukan nafsu semata.
Mahu berbeza2 dan berbilang2 tidak ana katakan secara totok ianya salah, tetapi perlu dilihat keadaan, masa, tempat, siapa dan apa yang mahu di perselisihkan atau lebih terang ana katakan...mahu berkelompok kelompok itu perlu ada dasarnya yang teguh dan utuh, jika ia mampu membawa mafsadah dan kerosakan yang membinasa gerakan Islam yang sedia ada, maka hukumnya boleh meningkat kepada haram!...tetapi bilamana ia membawa maslahah dan kebaikan yang mampu membina, maka memanglah digalakkan demi ISLAM!
Maksud firman Allah SWT :
Ta'adud dan pluralisme jemaah ini bukan lahir di zaman ini, sudah berkurun diperdebat, sudah pelbagai pendapat dan aturan di perjelas, cumanya masih lagi menjadi permasalahan hinggalah sekarang kerana ketidakfahaman yang jelas sesetengah pihak, memperjuangkan jamaah, bukannya Islam, kewujudan jamaah adalah untuk Islam, Islam bukan alat untuk mempejuangkan ideologi jamaah2 tertentu, maka jika yang kita agung2kan itu hanya jamaah yang disertai saja, silap dan kelemahan sendiri tidak mahu diakui, bila ditegur masih buat hal sendiri, maka jamaah apa ini?...sudahlah begitu, diserang serang pula yang lain...soal pengkaderan usah cerita, saling berebut mahu ahli, ah!...adakah ini kebaikan yang kamu cari? Adakah begitu adabnya jika mahu Islam menjadi mulia, kalian punya akal!
Syeikh2 besar kita, bukan syeikh tabligh atau tareqat ya, sekarang kita tumpu soal gerakan, maka syeikh2 haraki yang mahu ana bawa. Mereka2 itu telahpun menggariskan pelbagai panduan bagi pejuang2 dan gerakan Islam, hanya saja tinggal kita untuk mengikutinya. Soal Ta'adud ini syeikh Yusuf al Qardhawi pernah berkata dalam Min Fiqhid Daulah Fil Islam :
" Tiada halangan ta'adud jemaah yg beramal untuk Islam, selagi mana terdapat keuzuran untuk mewujudkan sebuah kesatuan disebabkan kelainan matlamat, manhaj, fahaman dan thiqah kepada setengah yg lain berdasarkan kepada ta'adud takhassus dan tanawwu’ dan bukan ta'adud tudhod dan tanaqud.Semuanya wajib berdiri dalam satu sof pada setiap perkara yg mengembalikan ketuanan Islam, aqidah Islamiah dan keizzahan umat Islam "
Telah ana ulaskan tadi, ana tidak menolak ta'adud dan pluralisme jamaah, secara jelas bukan kalian pastinya faham kata2 di atas, tiada halangan tapi masih lagi bersyarat. Syeikh Solah Shawi pula pernah mengatakan dalam Mada Syariyyatul Intima' :
" Sesungguhnya ta'adud yang diterima dilapangan amal Islami ialah taadud takhassus dan tanawwu’ bukannya ta'adud tudhod wa tanaqud. Adapun taadud yg memecahkan wala umat Islam,melaknati sesama manusia merupakan wabak dan kecelakaan yg mengubah waqi' kepada tersebar fitnah dan membuka jalan kepada pandangan untuk mula beruzlah "

“ Janganlah kamu menjadi seperti orang yang musyrikin iaitu mereka yang BERPECAH-BELAH dalam agama mereka dan setiap HIZBI (golongan, parti, jemaah) itu bergembira dengan apa yang merka punyai”ar Rum : 31-32
“ Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah BERCERAI BERAI dan BERSELISIHAN (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar”Ali Imran : 103-105
Ta'adud dan pluralisme jemaah ini bukan lahir di zaman ini, sudah berkurun diperdebat, sudah pelbagai pendapat dan aturan di perjelas, cumanya masih lagi menjadi permasalahan hinggalah sekarang kerana ketidakfahaman yang jelas sesetengah pihak, memperjuangkan jamaah, bukannya Islam, kewujudan jamaah adalah untuk Islam, Islam bukan alat untuk mempejuangkan ideologi jamaah2 tertentu, maka jika yang kita agung2kan itu hanya jamaah yang disertai saja, silap dan kelemahan sendiri tidak mahu diakui, bila ditegur masih buat hal sendiri, maka jamaah apa ini?...sudahlah begitu, diserang serang pula yang lain...soal pengkaderan usah cerita, saling berebut mahu ahli, ah!...adakah ini kebaikan yang kamu cari? Adakah begitu adabnya jika mahu Islam menjadi mulia, kalian punya akal!
Syeikh2 besar kita, bukan syeikh tabligh atau tareqat ya, sekarang kita tumpu soal gerakan, maka syeikh2 haraki yang mahu ana bawa. Mereka2 itu telahpun menggariskan pelbagai panduan bagi pejuang2 dan gerakan Islam, hanya saja tinggal kita untuk mengikutinya. Soal Ta'adud ini syeikh Yusuf al Qardhawi pernah berkata dalam Min Fiqhid Daulah Fil Islam :
" Tiada halangan ta'adud jemaah yg beramal untuk Islam, selagi mana terdapat keuzuran untuk mewujudkan sebuah kesatuan disebabkan kelainan matlamat, manhaj, fahaman dan thiqah kepada setengah yg lain berdasarkan kepada ta'adud takhassus dan tanawwu’ dan bukan ta'adud tudhod dan tanaqud.Semuanya wajib berdiri dalam satu sof pada setiap perkara yg mengembalikan ketuanan Islam, aqidah Islamiah dan keizzahan umat Islam "
Telah ana ulaskan tadi, ana tidak menolak ta'adud dan pluralisme jamaah, secara jelas bukan kalian pastinya faham kata2 di atas, tiada halangan tapi masih lagi bersyarat. Syeikh Solah Shawi pula pernah mengatakan dalam Mada Syariyyatul Intima' :
" Sesungguhnya ta'adud yang diterima dilapangan amal Islami ialah taadud takhassus dan tanawwu’ bukannya ta'adud tudhod wa tanaqud. Adapun taadud yg memecahkan wala umat Islam,melaknati sesama manusia merupakan wabak dan kecelakaan yg mengubah waqi' kepada tersebar fitnah dan membuka jalan kepada pandangan untuk mula beruzlah "
Dan satu lagi bicara kata yang perlu di ambil iktibar untuk semua, adalah dari kata2 Syeikh Mustafar Masyhur yang mana katanya di dalam Wahdatul Amal Fi Qatril Wahid :
" Adapun kewajipan dan pendirian kami tentang jemaah2(selain Ikhwan Muslimin) ialah apa yang diperluaskan oleh agama Islam daripada sifat kasih sayang, mawaddah, nasihat menasihati, bantu membantu diatas dasar kebajikan dan mengelak perselisihan dan pertelingkahan serta berusaha untuk bersatu "
Jadi pastinya jelas bagi QURRA' sekalian bukan, selagi mana ia mampu membawa KE'IZZAH'AN buat Islam, tiada masalah ta'adud dan pluralisme jamaah, hanya yang amat perlu di tekankan adalah syarat2 yang telah dijelaskan, adab dalam bejemaah, dan lain2. Jika menubuhkan satu jamaah, dan ia mampu membawa kerosakan kepada jamaah sedia ada, maka diamlah, itu lebih baik buat kamu, bantu saja yang sudah sedia ada, insyaAllah, usaha kalian jika ikhlas Allah ade utk menilai...
afwan ana amik sekerat je..
teruskan bekerja utk islam! capai kesatuan utk menegakkan keIzzahan islam itu kembali..
jgn takut dan jgn risau
"Aku hendak memperingatkan kpdmu satu hal sahaja iaitu agar
kamu mencari kebenaran krn Allah dgn ikhlas berdua2 atau bersendiri-sendiri" s.34:46

-salam moga apa yg diketengahkan klu skiranya ade kesalahan mohon dibetulkan-
salam 'alayk...semoga bermanfaat dan moga ke'izzahan islam itu kembali dengan kesatuan kita umat yang terpilih...
ReplyDeletesemoga Allah merahmati seluruh umat islam...
wah.. lantang benar
ReplyDelete