'SATU Ikatan' -peringatan bagi yang lupa

'SATU Ikatan' -peringatan bagi yang lupa
"DI ANTARA ORANG-ORANG MUKMIN ITU ADA ORANG-ORANG YANG MENEPATI APA YANG TELAH DIJANJIKAN KEPADA ALLAH . & DI ANTARA MEREKA ADA YANG GUGUR & DI ANTARA MEREKA ADA PULA YANG MENUNGGU-NUNGGU & MEREKA SEDIKIT PUN TIDAK MENGUBAH(JANJINYA)"[33:23]

Sebuah Perjalanan Di Jalan Dakwah 1 Pencerahan

pencerahan sebuah perjalanan dakwah.

Pencerahan Di Jalan Dakwah

Jalan dakwah yg mesti kita lalui adalah jalan dakwah yg dilalui oleh Rasulullah saw.

Soal Diri Dan Janji Kepada Allah

Suatu surat yang ditulis kepada seseorang adalah satu permintaan kepada seseorang..

Hakikat Ummat Islam Adalah Bersatu Hati=Formula Kemenangan Islam

DIKISAHKAN kisah Bani Nadhir dalam surah Alhasyr selepas surah Al-mujadilah bagi menyambung kisah perjuangan ummat Islam yg diberi gelaran Hizbullah. (Parti Allah/ golongan Allah).

Secebis Kata Untuk Dirasa

apa yang difahami dengan perkataan diatas? atau lebih spesifik apa yang umat islam faham tentang perkataan diatas?

Sunday, 22 July 2012

INI APA YANG SAYA TAHU TENTANG TAHALUF SIYASI. (1)



Tahaluf siyasi adalah salah satu “sudut pandang” lain dalam arena dakwah di gelanggang politik.
1.Tahaluf berasal dari perkataan Hilf yang bermaksud janji setia,dan janji setia adlah (kita membahaskan dalam bahasa arab Cuma utk memudahkan disini saya pecahkan janji setia utk lebih mudah memahami secara bahasa melayu tapi makna tetap dari bahasa arab)
1) Janji - satu proses ‘saling’ yang berlaku antara 2 pihak
2) Setia- 1) (mendapat pertolongan) meminta pertolongan pada suatu pihak pada suatu masa tertentu,  & 2)(memberi pertolongan) menolong pihak tersebut pada masa yang tertentu.
Faham tak?- nak faham lebih lanjut boleh tengok dlm bab hilfu wa isti’anah (kitab usul ifta’ wa ijtihad tatbiqi jilid 4 )
Janji setia politik (tahaluf siyasi) berlaku disebabkan suatu keperluan yang menyebabkan kita perlu meminta tolong pada orang lain dan kita akan tolong dia balik sbg ganti (timbal balik).
.:.Persoalan: apa yang PAS meminta tolong (keinginan PAS) dan apa yang PAS akan berikan pertolongan (sebagai ganti balik)?
2. Meminta pertolongan pada orang islam dan memberi pertolongan kpd orang islam  tidak ada pertikaian. (kerana itulah tanggugjawab asas sesama orang islam) “Dan Bertolong-tolonglah kamu dalam kebaikan dan taqwa” (almaidah 5:2)
.:.Persoalan: dengan siapa PAS bertahaluf siyasi?
3. Yang perlu diperbahaskan adlah meminta pertolongan kepada orang yang bukan islam(kafir) dan dalam masa yang sama menolongnya.
Tadi kita setuju bahwa tahaluf berasal dari perkataan hilf iaitu janji setia yang melibatkan dua pihak meminta pertolongan( isti’anah) & memberi pertolongan (I’anah)
Ok jadi kita akan bahaskan secara 2 bahagian iaitu 1)meminta dan 2)memberi pertolongan. Disana terletak beberapa syarat didlam setiap bahagian. Jadi secara ringkasnya boleh rujuk gambar rajah:

Wednesday, 30 May 2012

Hakikat ummat islam adalah bersatu hati= formula kemenangan ISLAM

DIKISAHKAN kisah Bani Nadhir dalam surah Alhasyr selepas surah Al-mujadilah  bagi menyambung kisah perjuangan ummat Islam yg diberi gelaran Hizbullah. (Parti Allah/  golongan Allah) .

Hizbullah adalah gelaran bagi kelompok manusia yang tumbuh hasil dari didikan para Nabi/ utusan Allah yang berjuang/ berperang dengan Jahiliyah/ Taghut atau selain dari didikan Wahyu yg dibawa oleh para utusan Allah.

senang cerita, Golongan ini terbentuk atas wahyu Allah, mereka menentang segala yang datang yang bukan bersumberkan dari wahyu Allah atau bukan bersumberkan kepatuhan kepada Tuhan Pencipta.

Golongan ini disifatkan oleh Allah dlm surah alhasyr sebagai golongan yang bersatu hati, hatinya sayang menyayangi antara satu sama lain walau berlainan kelompok/jenis.

sifat asal bagi parti/golongan Allah ini adalah bersatu hati sesama mereka walaupun berbeza kelompok.
asas mereka adalah keimanan, menjadikan mereka saling berkasih sayang, bersifat memberi sayang, bukan menerima sayang/menanti sayang, sehinggakan melebihi dari diri sendiri, tidak ada dalam hati mereka sedikit pun dari sebarang perkara melainkan CINTA sesama mereka yang beriman.

mereka mendoakan satu sama lain, mereka memohon keampunan satu sama lain, mereka yang lebih lama dipanjatkan doa & dipohon keampunan tidak ada sifat benci/ tak puas hati terhadap mereka. mereka yang suatu masa dahulu memperjuangkan agama ini bersatu hati dengan mereka yang memperjuangkan agama ini dimasa kini. mereka satu batalion. mereka adalah satu.

secara rumusannya mereka ini BERSATU HATI. itulah GOLONGAN ALLAH!

DIDUNIA ini hanya ada DUA GOLONGAN.

HIZBULLAH vs hizbussyaitan

hizbussyaitan pula adalah kelompok yang dididik dengan hawa nafsu, bergerak berpandukan hawa nafsu manusia/ pemikiran manusia/ percaturan manusia atau dengan kata lain mereka membuat sistem sendiri berdasarkan akal mereka dan memperjuangkannya. bg mereka itulah fitrah yang perlu diperjuangkan!

hizbussyaitan ini nampak kuat. tapi hakikatnya yang sebenar mereka ini "berpecah hati" berbeza keinginan, berbeza hala tuju, berbeza kemaslahatan yang ingin dicapai mereka saling bergeser sesama mereka, mereka saling menjatuhkan sesama mereka.

HAKIKAT mereka adalah BERPECAH.

orang kafir HAKIKAT mereka adalah BERPECAH. mereka TAK PERNAH BERSATU.
melainkan BERSATU utk menjatuhkan ISLAM rasululah sebut : alkufr millatun wahidah. orang2 kafir berbeza ideologi sesama mereka saling bergaduh/bergeser namun bila bertemu dengan ISLAM mereka bersatu, agama yang satu, ideologi yang satu.

HAKIKATNYA MEREKA TAK AKAN DAPAT KALAHKAN ISLAM (GOLONGAN ALLAH)
kerana hakikat mereka adalah berpecah. Dan Hakikat islam adalah bersatu hati.

Golongan Allah ini satu ketumbukan yg takkan berpecah.
orang kafir & munafik hanya menunggu utk memecahkan kesatuan antara mereka sbagaimana mereka cuba utk memecah belahkan kesatuan antara muhajirin dan ansar dengan pelbagai cubaan.

kerana SOLUSI utk KALAHKAN ISLAM (GOLONGAN ALLAH ) ini adlah dengan PECAHKAN KESATUAN MEREKA.

tapi PERKARA INI TAK TERJADI, harapan Abdullah b Ubay b Salul tak kesampaian, ketumbukan yang dididik oleh Rasulullah adalah ketumbukan/ kelompok yang menjiwai al-quran dlm kehidupan mereka. hati mereka setia bersatu. walau pelbagai fitnah yang cuba utk menghilangkan tsiqah antara mereka.

KEMENANGAN BERPIHAK PADA ISLAM dengan terusirnya Bani Nadhir setelah 26 malam kepungan terhadap bani Nadhir.

Golongan Allah inilah yang dimaksudkan akan menang dalam memperjuangkan Agama ini.
DALAM PERLAWANAN ANTARA HIZBULLAH DGN HIZBUSSYAITAN INI KEMENANGAN BERPIHAK PADA MEREKA YANG BERSATU. DAN GOLONGAN ALLAH INILAH HAKIKAT DIJADIKAN MEREKA ADALAH BERSATU, dan mereka yang kafir hakikat mereka adalah berpecah.

jadi SOLUSI KEKUATAN UMMAT INI ADALAH :

- kembali kepada pelaksanaan isi kandung alquran.
- berpegang teguh dengan wahyu Allah
- sentiasa menjaga kesatuan hati sesama orang yang beriman.




Tuesday, 1 May 2012

Secebis kata BERSIH 3.0 yg bermakna.

(dari Nota seorang sahabat di Universiti Medina kepada Bersih 3.0)
Bismillah....
Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin ...yang jujur dalam harta negara ?

Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat
harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang -undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan
peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.

Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.

Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)

Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan - amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini;maka seperti itulah kalian akan dipimpin."

Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini.

“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut)

“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)

“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101).

Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan zalimnya seorang Rakyat, begitu juta sebaliknya

****Fikir fikirkan lah....setakat mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari

Pemerintah ?

1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus

2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam

3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna

4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan

5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab

6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama

7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga

8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam

Dan banyak lagi....Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai islam

dalam negara ?

~NPP~ p/s: sape yg nak unlike page ni silekan..admin tak paksa pun korg like page admin

ni..bukan admin yg berlagak..tp pndg cermin lihat diri dlu..

Monday, 5 December 2011

Secebis kata untuk dirasa


"ISLAM"

apa yang difahami dengan perkataan diatas?
atau lebih spesifik apa yang umat islam faham tentang perkataan diatas?

apa yang umat islam rasakan ttg perkataan diatas?
kenapa perkataan ini dianggap penting dalam urusan hidup ini?
lahirnya dia sudah bergelar Muslim atau yang beragama islam..
atau adakah umat islam kini tidak merasakan penting perkataan ini?

atau apa yang sebenarnya berlegar pada pemikiran umat kini ttg perkataan ini ?
"ISLAM"

ummat islam adalah ummat dakwah dan harakah ia bukan ummat yang statik dan pasif bahkan ia aktif lebih hebat dari radio aktif
bukannya bertakung dan mengeruh tapi ia mengalir dan menjernih lebih jernih dari air yang ada dipermukaan bumi ini..
ia bercahaya bahkan menyinari cahaya.. menaungi bumi dengan sinarannya.. menerangi alam sekeliling.. manusia bergembira dengan kehadirannya!

tapi realiti sekarang tidak berlaku demikian..

yang terjadi adalh ummat islam adalah ummat yang mundur, yang mengharapkan bantuan lain yakni pasif, bahkan ia makin mengeruh dan makin banyak yang bertakung tak mengalir dan tak bergerak bahkan kotor dan menjijikkan.. tidak mampu utk dipandang positif oleh orang yang berada disekelilingnya, bahkan dirampas hartanya , maruahnya tapi ia beku keras dan membisu..

ummat islam telah hilang..
yang ada hanyalah ummat yang menggelarkan dirinya islam
namun ia tidak lagi berupaya menjalankan tugasnya...

ingatlah sebatang pen pun dinamakan 'pen' kerana sifatnya yang menjadikan kita dpat menulis diatas kertas, namun bila pen sudah tak mampu menjalankan tugasnya maka pen akan dibuang tak bermanfaat dan menyemakkan permandangan bilamana disimpan.

ummat ini dibuang oleh orang bukan islam kerana umat ini tak mampu memberikan manfaatnya.
ia seolah2 menjadi beban kepada negaranya..
tanah airnya bahkan beban kepada dunia dengan kelahiranya

ingatlah...
ummat ini takkan dapat menjalankan tugasnya selagimana
individu-individu didalamnya tidak faham akan islam

individu yang tidak faham akan islam tidak akan mampu utk faham akan dakwah

dan individu yang tidak faham dakwah tidak akan faham berharakah, bergerak bersama
dalam memacu agenda islam,

individu sajalah jalannya...
tidak ada jalan yang lebih selamat dan lebih terjamin melainkan dengan jalan ini
inilah jalan yang paling singkat, tidak ada lagi jalan yang lebih singkat dari ini..

membentuk individu mukmin dibawah sistem rabbani yang telah ditetapkan tuhan
hanya inilah jalannya...

kerana islam hanya bangkit dengan usaha yang dilakukan oleh setiap dari individu ummat.

tanpa mereka Islam kini akan berada ditakuk yang sama.. tidak mampu menjalankan tugasnya..

Ummat islam adalah ummat yang bergerak... dimanakah kita sekarang?




Sunday, 2 October 2011

coretan buat diri..



"Tarbiyah bukan segala2nya tapi segala2nya bermula dari tarbiyah"
segala2nya bermula dari tarbiyah...
masalah yg dihadapi oleh diri sendiri dalam
menghadapi dunia ini dan salah cara bertindak
adalah kecacatan pemikirannya dan ia berpunca dari kecacatan tarbiyahnya
itu tersendiri
ia perlu menekankan kembali terhadap tarbiyah dirinya
ia perlu meneliti dengan sebaik2 ketelitian
supaya ia mampu kembali utk bangkit dari lena merasakan cukuplah aku ditarbiyah
tarbiyah bukanlah utk kemanfaatan diri sendiri
tapi ia adalah utk manfaat ummat
aktiviti tarbiyah yang tidak teliti sangat2 berbahaya
ia perlu benar2 mencapai hadaf / objektif yg telah
diletakkan dalam setiap wasilah tarbiyah(tarbawi)
asbab dari tidak mencapai objektif itulah
yg menyebabkan tarbiyah seseorang itu bermasalah
bila tarbiyah itu bermasalah maka ia kan memberi impak
kepada amal yg akan dijalankan selepas ini.

sekadar peringatan buat diri yang lupa~

Pastikan POSISI anda kini dlm keadaan MENGINGATI ALLAH..