Tahaluf siyasi
adalah salah satu “sudut pandang” lain dalam arena dakwah di gelanggang
politik.
1.Tahaluf berasal
dari perkataan Hilf yang bermaksud janji setia,dan janji setia adlah (kita
membahaskan dalam bahasa arab Cuma utk memudahkan disini saya pecahkan janji
setia utk lebih mudah memahami secara bahasa melayu tapi makna tetap dari
bahasa arab)
1) Janji - satu
proses ‘saling’ yang berlaku antara 2 pihak
2) Setia- 1)
(mendapat pertolongan) meminta pertolongan pada suatu pihak pada suatu masa
tertentu, & 2)(memberi pertolongan)
menolong pihak tersebut pada masa yang tertentu.
Faham tak?-
nak faham lebih lanjut boleh tengok dlm bab hilfu wa isti’anah (kitab usul ifta’
wa ijtihad tatbiqi jilid 4 )
Janji setia
politik (tahaluf siyasi) berlaku disebabkan suatu keperluan yang menyebabkan
kita perlu meminta tolong pada orang lain dan kita akan tolong dia balik sbg
ganti (timbal balik).
.:.Persoalan:
apa yang PAS meminta tolong (keinginan PAS) dan apa yang PAS akan berikan
pertolongan (sebagai ganti balik)?
2. Meminta pertolongan
pada orang islam dan memberi pertolongan kpd orang islam tidak ada pertikaian. (kerana itulah
tanggugjawab asas sesama orang islam) “Dan Bertolong-tolonglah kamu dalam
kebaikan dan taqwa” (almaidah 5:2)
.:.Persoalan:
dengan siapa PAS bertahaluf siyasi?
3. Yang perlu
diperbahaskan adlah meminta pertolongan kepada orang yang bukan islam(kafir)
dan dalam masa yang sama menolongnya.
Tadi kita
setuju bahwa tahaluf berasal dari perkataan hilf iaitu janji setia yang melibatkan
dua pihak meminta pertolongan( isti’anah) & memberi pertolongan (I’anah)
Ok jadi
kita akan bahaskan secara 2 bahagian iaitu 1)meminta dan 2)memberi pertolongan.
Disana terletak beberapa syarat didlam setiap bahagian. Jadi secara ringkasnya
boleh rujuk gambar rajah:
0 komen:
Post a Comment