'SATU Ikatan' -peringatan bagi yang lupa

'SATU Ikatan' -peringatan bagi yang lupa
"DI ANTARA ORANG-ORANG MUKMIN ITU ADA ORANG-ORANG YANG MENEPATI APA YANG TELAH DIJANJIKAN KEPADA ALLAH . & DI ANTARA MEREKA ADA YANG GUGUR & DI ANTARA MEREKA ADA PULA YANG MENUNGGU-NUNGGU & MEREKA SEDIKIT PUN TIDAK MENGUBAH(JANJINYA)"[33:23]

Sebuah Perjalanan Di Jalan Dakwah 1 Pencerahan

pencerahan sebuah perjalanan dakwah.

Pencerahan Di Jalan Dakwah

Jalan dakwah yg mesti kita lalui adalah jalan dakwah yg dilalui oleh Rasulullah saw.

Soal Diri Dan Janji Kepada Allah

Suatu surat yang ditulis kepada seseorang adalah satu permintaan kepada seseorang..

Hakikat Ummat Islam Adalah Bersatu Hati=Formula Kemenangan Islam

DIKISAHKAN kisah Bani Nadhir dalam surah Alhasyr selepas surah Al-mujadilah bagi menyambung kisah perjuangan ummat Islam yg diberi gelaran Hizbullah. (Parti Allah/ golongan Allah).

Secebis Kata Untuk Dirasa

apa yang difahami dengan perkataan diatas? atau lebih spesifik apa yang umat islam faham tentang perkataan diatas?

Tuesday, 18 March 2014

Main issue: apakah perjuangan asasi kita (umat islam)

Beberapa siri kejadian yg berlaku sejak beberapa hari lalu (mh370 hilang, raja bomoh, FMFA dll) menguji kita sejauh mana kita menjawab persoalan asasi kewujudan didunia & itu jugalah perjuangan didunia ini.

Adakah kita semua menjadi hamba Allah ?

Itulah main issue yg dijelaskan dlm alquran. Allah mghantar utusan2Nya didunia.. Lalu setiap para nabi & rasul mengulangi kalimah yg maksudnya sama berulang-ulang kali

Nabi nuh as. Berkata:
Janganlah kamu menghambakan diri melainkan pada Allah sesunguhnya aku takut keatas kamu azab pada hari yg sangat pedih s. Hud 26

Nabi hud as. berkata:
Wahai kaumku perhambakanlah dirimu pada Allah. Kamu tidak ada tuhan yg lain melainkan DIA.
S. Hud 50

Nabi soleh as. Berkata:
Wahai kaumku perhambakanlah dirimu pada Allah. Kamu tidak ada tuhan yg lain melainkan DIA.
(S. Hud 61)

syuaib berkata:
Wahai kaumku perhambakanlah dirimu pada Allah. Kamu tidak ada tuhan yg lain melainkan DIA.
(S. Hud 84)

Bahkan nabi kita nabi Muhammad saw. Menyeru keatas kita utk tunduk patuh pada perintahNya. sejak awal perjuangab baginda di mekah sehingga disambung oleh para sahabat r.anhum

Kemudian barulah hadir perintah menjadi khalifah(Pemakmur dan pengatur urusan mengikut garis panduan ilahi) dimuka bumi ini

Nabi soleh
-Dia menjadikan kamu pemakmurnya
Nabi syuaib
- jangan kamu kurangkan takaran & timbangan

tugas kita
1) Menjadi hamba Allah yg sebenar
2)  bertindak sbg khalifah dimuka bumi

Isu yg terjadi merupakan satu gerakan kehidupan yg menguji kita sejauh mana penghambaan kita pada Allah dan sejauh mana kita mampu menguruskan isu yg terjadi dgn sebaik-baik pengurusan & tindakan. Supaya bumi menjadi makmur dan jauh dr melapetaka kerosakan.

Pemimpin dan masy perlu memainkan peranan yg sgt penting dlm berperanan sbg 2 peranan utama di muka bumi ini.

Peranan yg telah termaktub namun adakah kita berjaya melaksanakannya dengan terbaik

الذي خلق الموت والحياة ليبلوكم ايكم احسن عملا

Yg menciptakan kematian dan kehidupan utk menguji kamu semua dalam kalangan kamu siapakah yg terbaik amalannya. (s. mulk : 2)

Posted via Blogaway

Posted via Blogaway

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Monday, 20 January 2014

Sebuah perjalanan di jalan dakwah 1 pencerahan.

Berjalanlah di jalan dakwah

Assalamualaikum wbt.
pencerahan sebuah perjalanan dakwah
Setelah mana kita sentiasa meletakkan diri kita terhadap 3 asas yg saya telah sebut dlm entri sebelum ini. Iaitu pengabdian,pemimpin, ganjaran Allah. Maka seterusnya kita perlu ketahui jalan ini.

Tabiat jalan ini

Adakah manusia mengira Allah akan membiarkan kamu dalam keadaan kamu sekarang ini bilamana kamu mengatakan kamu telah beriman tanpa diuji atau belum teruji. Telah berlalu manusia sebelum kamu semuanya diuji. Maka disanalah diketahui sapa yg benar dan sapa yg berdusta.

Ini amaran dan prinsip dlm jln dakwah. Kamu pasti akan diuji.

Juga ingin menyatakan jalan ini jalan yg susah dan panjang. Bukan mudah dan pendek.  Apa maksudnya?

jalan ini bukan jalan yg ditegakkan atau dibawa kerana semangat yg berkobar-kobar setelah dgr ucapan yg menaikkan semangat oleh tokoh-tokoh tertentu. Kerana tindakan yg dibuat dgn semangat hanyalah sementara. tak lama.

Tp ia adalah jalan berdasarkan aqidah bukan semangat. Kefahaman kita terhadap akidah ini.

Ia juga bukan jalan yg
"nak buat kalau mudah je".
"Nak buat kalau tak ada masalah"
"Nak buat kalau risiko rendah"

Ia jalan yg tak tahu apa yg kita akan hadapi tp kita perlu buat dan bersedia terhadap apa yg akan terjadi.

Kerana kita hanya dituntut utk buat dan natijah itu milik Allah. Waktu keberhasilan & bagaimana bentuk hasil semuanya ditentukan oleh Allah.

Dalam satu hadis berbunyi
ان الله لا يعجل بعجلة احدكم
Yg bermaksud Allah tidak akan mempercepatkan (Sesuatu) dgn ketergesaan dikalangan kamu.

Ketergesaan kita utk mendapatkan hasil adalah sesuatu yg tidak mendatangkan apa-apa hasil. Yg dituntut adalah bekerja/buat. Hasil Allah akan dtgkan dgn asbab-asbab tertentu dan pada waktu tertentu.

Jalan ini payah dan panjang
bukan jalan mudah dan pendek.

Jadi jalan ini menuntut utk
صبرا واحتمالا وبذلا وعطاء وتضحية
Sabar, ihtimal( mampu bertahan), bazlan( berkorban dgn memberi), memberi, tadhiyah (berkorban diri)

Dan tanpa tergesa-gesa mengharapkan hasil/natijah,
Juga tanpa putus asa dan henti.

Yg dipinta hanyalah buat/ terus bekerja
Hasil milik Allah.
Kemungkinan hasil itu bukan dlm kehidupan kita. 

Dalam perjalanan

Para daie akan bertembung dgn para taghut dan musuh islam yg ingin menghancurkan kamu, menghentikan dakwah kamu.

Mereka juga akan menampakkan kamu adalah seburuk-buruk gambaran. Menggambarkan kamu adalah musuh masyarakat/rakyat. Dan menimbulkan kebencian mereka terhadap kamu.  Sehingga mereka menolak kamu.

Tp ingatlah pengakhiran itu bagi org yg bertaqwa...
Yg benar akan kekal kerana yg bermanfaat itu akan kekal

Seperti besi dan buih dilautan yg diumpama oleh Allah. Surah ar-ra'du ayat 17.

"Adapun buih-buih dilautan maka ia akan hilang pergi dan apa yg memberi manfaat bg manusia akan terus kekal di muka bumi"

Berbuatlah.....bekerjalah..
"Bekerjalah Kamu maka Allah akan melihat pekerjaanmu begitu juga rasul-Nya  dan org-org mukmin dan kamu akan dikembalikan kpd (Allah) Yang Maha mengetahui yg ghaib dan yang nyata lalu diberitakanNya apa yg telah kamu kerjakan."


Posted via Blogaway

Sunday, 19 January 2014

Pencerahan dijalan dakwah

Jalan dakwah adakah kita berjalan diatasnya?

Jalan dakwah yg mesti kita lalui adalah jalan dakwah yg dilalui oleh Rasulullah saw. Para sahabat baginda dan seterusnya para salafussoleh. Jadi kita menyeru manusia sbgmana mereka menyeru. Kita mengulangi sbgmana generasi dakwah yg pertama.
Mereka berterusan berusaha menancapkan keimanan didalam hati manusia sehingga terlahirlah amal bagi iman tersebut. Setelah itu, dihimpunkan hati-hati yg telah beriman dgn kasih sayang dan ikatan persaudaraan.

Maka disana kita dapat mudahkan
Kearah iman dan amal seterusnya kasihsayang dan ikatan persaudaraan.

Jadi utk berjalan di atas jalan dakwah ini mestilah sentiasa ingat dan berharap 3 perkara ini.

1) Allah sahaja menjadi Tujuan kita. Segala apa yg kita buat, tindak tanduk kitadlm setiap perkara merupakan sebuah pengabdian diri kpd Allah. -Tujuan

2) apa yg menjadi Kepentingan kita adalah menjadi pemimpin dunia dan memimpin manusia kpd sistem islam dab segala tunjuk ajarnya. -Fokus

3) disana ada Ganjaran 'tersangat' besar yg mana mengecilkan segala ganjaran/habuan didunia ini. Iaitu syurga-syurga yg luasnya langit dan bumi, tak pernah dilihat oleh manusia, tidak pernah didengari oleh telinga selama ini, bahkan tak pernah terfikir dlm akal fikiran kita. Kita juga akan dapat bersama dgn para nabi, para sahabat muhajirin & ansar , para siddiqin, para syuhada', & mereka-mereka yg mengikut jalan ini dgn sebaik-baiknya. -Ganjaran

Dgn 3 perkara inilah yg sentiasa bermain didalam fikiran kita, menginginkan menaruh harapan, dan ketakutan sekiranya terlepas atau tidak dapat mencapainya.

Dengan benar-benar meletakkan akan fikiran kita terhadap 3 perkara ini maka selepas itu kita perlu sediakan pula badan kita utk berjalan di atas jalan ini. Bab itu kita akan sambung bahagian selepas ini..
Wassalamualaikum.

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Saturday, 18 January 2014

Assalamualaikum wbt.
alhamdulillah mengambil kesempatan sedikit sebelum menghadapi peperiksaan terakhir oral dan klinikal Obstetric & Gynecology ( O& G)

satu perkara yang mesti diingat sentiasa didalam perjalanan sebuah kehidupan yang sebenarnya terbatas, yang sebenarnya ada sempadan,disana adanya betul dan salah. ganjaran dan balasan.

orang akan lupa apa yang kita kata
tapi orang akan ingat apa yang kita buat.

jadi fikir dan berbuatlah kerana orang akan tengok apa yg anda buat.
dan mmg ada pepatah anda adalah apa yang anda lakukan.
what you do defines you.

perkara  utama ini selalu dan sentiasa kena ingat rancang perbuatan yg kita ingin lakukan kerana itulah diri kita, kehidupan ini terbatas. sekiranya tidak dibetulkan dari sekarang. kamu adalah apa yang kamu buat sekarang. lemah. dan tidak berdaya. namun sekiranya kita mengambil langkah utk mengupayakan atau memberi nafas baru dengan merancang perbuatan kita.beruntunglah. dunia dan akhirat. sekiranya dia beriman.

kuli Dakwah hamba Allah

Tuesday, 6 August 2013

Cara Dakwah Rasulullah; lembut atau keras?

Cara dakwah rasulullah: berlembut dengan orang mukmin dan berkeras dengan orang yang kafir 

kenapalah keras sangat nak tegur orang bukan islam kan diorang tak faham islam?
bukan ke ada ayat kalaulah tidak kerana kamu berlembut dengan mereka pasti mereka akan menjauhimu?

Selepas merujuk tafsir munir baru tahu ayat dakwah rasulullah itu lembut dan rahmat(kasih sayang) lil alamin tu rupanya utk orang islam atau mukmin.. hendaklah berlembut/dgn kasih sayang dengan orang mukmin bila mana berselisih pandangan atau sbgnya.

ayat ali imran 159 ; kalaulah kamu berkeras terhadap mereka pasti mereka akan menjauhi dari sekitarmu. 

ia bukan utk orang kafir kerana orang kafir dlm ayat yg lain:

“Berlembut dengan orang mukmin dan Berkeras dengan orang yang kafir” merujuk kepada ayat al-maidah: 54 

berkata ibnu abbas : (Orang mumin yg sebenar )mereka ini sesama mukmin seperti ayah dgn anak , tuan dgn hamba. Dan mereka ini keras dengan orang-orang kafir seperti binatang buas(harimau/singa) terhadap mangsanya.

# kerana islam ini tertegak hanya dengan menyatakan hanya dia yang benar dan yang lain adalah salah! kerana itulah islam keras dengan kemusyrikan orang bukan islam. utk menyatakan perkara ini sangat penting utk difikirkan oleh orang bukan islam, mereka salah dan islam yg betul. bukan menjaga hak asasi manusia." tidak boleh merendahkan agama yg lain" hakikatnya agama lain mmg rendah dan islam sahaja yg tinggi.

Projek Islam (مشروع الاسلامي)

Apa maksud  “berkeras dengan orang kafir” ?

berkata ibnu abbas : (Orang mumin yg sebenar )mereka ini sesama mukmin seperti ayah dgn anak , tuan dgn hamba. Dan mereka ini keras dengan orang-orang kafir seperti binatang buas(harimau/singa) terhadap mangsanya.

Utk memahami perkara tersebut kita perlu tahu bahawa

kita ada projek islam yg mesti kita laksanakan
.
Kita ada agenda yg perlu dicapai : Tamkin deenullah fil Ard/ Tahkim hukmullah fil Ard

Menegakkan agama Allah ini di atas muka bumi.

Keseluruhan Bumi ini menerima arahan dari Penciptanya. Sbgmana matahari, bulan, bintang, pokok , sungai yg mengalir, binatang yg melata di muka bumi semuanya menurut perintah Allah yg satu.  Begitu juga pada manusia mesti tunduk pada Penciptanya yakni Allah swt. Menegakkan agama Allah di atas muka bumi bermaksud semua manusia mesti berada di bawah  sistem islam namun Allah tidak memaksa manusia utk memeluk agama islam .. Allah berikan kebebasan utk memilih sama ada utk menjadi kafir ataupun muslim, namun di sana tiada kompromi utk berada di bawah naungan sistem islam atau dengan kata lain di bawah naungan khalifatullah fil ard (perlaksana hukum Allah di muka bumi)/khalifah. 

Begitulah para sahabat, mereka benar-benar memahami tugas ini lihatlah bilamana mereka berperang dengan parsi dan rom, mereka memberikan mereka 3 pilihan , sama ada memeluk agama islam atau sebagai ganti hendaklah berada di bawah naungan empayar  islam(daulah islamiyah) yakni dengan membayar jizyah atau,last option kita akan berperang . Manusia tidak akan aman melainkan di bawah naungan sistem Yang menciptakannya. Manusia tidak akan aman melainkan berada di bawah naungan empayar islam (sistem islam) . jadi kerana itulah pilihan ketiga berbentuk kekerasan. Kerana misi utama islam adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Rub’ b ‘Amir kpd Rustum panglima parsi “ما جاء بكم؟ فقال له: لقد ابتعثنا اللهُ لنخرج العباد من عبادة العباد إلى عبادة رب العباد، ومن جور الأديان إلى عدل الإسلام، ومن ضيق الدنيا إلى سعة الدنيا والآخرة
Berkata Rustum : “Kenapa engkau datang kemari?”  jawab  Rub’ bin ‘amir “kami diutuskan/didatangkan oleh Allah utk kami mengeluarkan manusia dari penghambaan sesama hamba (manusia) kepada perhambaan kepada Tuhan sekalian hamba, dari kekerasan agama-agama kepada keadilan Islam dari kesempitan  dunia kpd keluasan dunia dan akhirat.”

Kita ada projek islam

Sesiapa yang melawan projek islam ini kita akan berkeras dengan mereka.
Sama ada memperlekehkan, menghina, mempermain-mainkan. Kalau kita ada kuasa kita perlu gunakan kuasa. Kalau tidak kita mesti mengecam tindakan mereka.
Dan sudah termaktub di dalam alquran sudah terang lagikan bersuluh yang pasti akan melawan projek islam ini adalah orang kafir/ orang bukan islam.

Dan pada orang bukan islam yg tidak melawan projek islam ini maka kita dibenarkan berkawan dengannya.  Kita berkeras dengan orang kafir kecuali orang yg tidak menentang. Ini adalah hukum pengecualian pada orang kafir  (umumnya orang kafir menentang kecuali..) yg termaktub dalam surah alMumtahanah : 8
.
“ Allah tidak melarang kamu utk berbuat baik dan berlaku adil  terhadap orang-orang yg tidak memerangimu dalam urusan agama dan tidak mengusir kamu dari kampung halamanmu sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yg berlaku adil”

Contoh-contoh  projek islam?

-perlaksanaan hukum jenayah islam secara sempurna (hukum hudud)

-undang –undang islam / selaras dengan islam.

-Malaysia sebagai negara islam yg sempurna

- membendung anasir-anasir luar yg mampu mengganggu gugat institusi masyarakat islam secara kelompok atau individu eg.Akidah : syiah, liberal, humanism,  Ekonomi: TPPA, FTA, Hiburan:  k-pop, gangnam style
- menggerakkan masy. Islam supaya berperanan sebagai khayra umat sebaik-baik umat/.mengupayakan kembali kekuatan umat islam (umat islam terbesar adalah Melayu ) utk menjadi sebaik-baik umat (dari sudut politik, ekonomi, peribadi, hiburan, sukan  dll)

Jadi pada mereka yg melawan kita berkeras dengan mereka.
Itulah yg dimaksudkan dengan berkeras dengan orang kafir.
Wallahualam.


Wednesday, 25 July 2012

Soal diri & janji kepada Allah



Bukankah..
Suatu surat yang ditulis kepada seseorang adalah satu permintaan kepada seseorang. Sebagai contoh seorang kawan menghantar surat kerana  rindukan pada seorang sahabatnya adalah satu permintaan utk dihubungkan hubungan yang mula kendur/kabur/ hilang @ dengan kata lain permintaan utk menguatkan hubungan .

Mak menghantar surat kepada anaknya supaya belajar bersungguh-sungguh diperantauan juga adalah satu permintaan utk dilaksanakan semasa diluar negara. Jadi  benarlah Surat adalah suatu permintaan.

Kalau begitu bagaimana pula surat yang kita baca berulang-ulangkali terutamanya dibulan ramadhan ini? Iaitu alquran?

Surat Allah dari langit kepada kita, manusia, ciptaaNya yang diletakkan dibumi. Apakah juga mempunyai permintaan? atau ia hanyalah surat utk dibaca dan disimpan? Tak bukan..

Bahkan ia turun kepada para sahabat diketika memerlukan, ia adlah surat Allah direct bagi memecahkan persoalan2/permasalahan2 yang dihadapi oleh kumpulan pertama para sahabat bersama rasululullah. Jadi ia adalh satu surat yang mengandungi permintaan supaya dilakukan supaya ia dapat keluar dari permsalahan yang ada.

Jadi disini ingin dikongsikan bersama  suatu surah yang disebut sebagai s. saff.61

Ringkasnya 2 point utama yang ingin disampaikan oleh Allah dalam surah ini:

1 1)      Agama islam ini adlah suatu manhaj Allah yang terakhir  dari silisilah perjuangan yang berterusan  oleh para nabi dan akhirnya bersambung pada noktah terakhir iaitu pada nabi Muhammad saw. Utk melaksanakan misinya didunia ini iaitu utk memenangkan agama ini diatas semua agama. Dan ia dibebani kepad ummat rasulullah utk melaksanakan misi ini. Misi ini masih belum selesai.

2 2)       Dari misi ini maka apa yang diperlukan adalah kegigihan niat, jihad yang berterusan, dalam sebuah jemaah muslimah, sebagaimana jemaah muslimah pertama sebagai wasilah utk menegakkan agama Allah ini utk dimenangkan atas semua agama dimuka bumi. Membentuk diri menjadi salah satu komponen jemaah muslimah utk menegakkan agama Allah. Jadilah kamu pendokong agama Allah sebagaiamana isla berkata kepada hawariyunnya maka dijawab kamilah pendokong agama Allah!

Jadi sebagai kesimpulan:

Perkara utama: 

-misi dibumi adalah memenangkan agama ini diatas semua agama. Dengan kata lain: agama ini mesti dihormati digeruni dituruti oleh pihak pihak kawan dan lawan. Agama ini bergerak dengan sebebas-bebasnya. Tanpa ada sekatan yang menyekat. Dan itulah yang dimaksudkan dia berada diatas sekali. Takde sorang boleh sekat dia. 

-misi ini tidak boleh selesai dengan melaksanakan tanpa niat yang gigih, niat gigih yang sedia ada tidak mampu utk melaksanakan misi ini sekiranya berseorangan ia memerlukan suatu kelompok bersama utk menegakkan agama ini. Dan perlu membina ummat ini sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh Allah swt.  Dan perlunya sentiasa membina ummat yang sentiasa berjihad utk mempertahankan dan memperjuangkan agama ini.

Wallahua’alam

Sunday, 22 July 2012

INI APA YANG SAYA TAHU TENTANG TAHALUF SIYASI. (1)



Tahaluf siyasi adalah salah satu “sudut pandang” lain dalam arena dakwah di gelanggang politik.
1.Tahaluf berasal dari perkataan Hilf yang bermaksud janji setia,dan janji setia adlah (kita membahaskan dalam bahasa arab Cuma utk memudahkan disini saya pecahkan janji setia utk lebih mudah memahami secara bahasa melayu tapi makna tetap dari bahasa arab)
1) Janji - satu proses ‘saling’ yang berlaku antara 2 pihak
2) Setia- 1) (mendapat pertolongan) meminta pertolongan pada suatu pihak pada suatu masa tertentu,  & 2)(memberi pertolongan) menolong pihak tersebut pada masa yang tertentu.
Faham tak?- nak faham lebih lanjut boleh tengok dlm bab hilfu wa isti’anah (kitab usul ifta’ wa ijtihad tatbiqi jilid 4 )
Janji setia politik (tahaluf siyasi) berlaku disebabkan suatu keperluan yang menyebabkan kita perlu meminta tolong pada orang lain dan kita akan tolong dia balik sbg ganti (timbal balik).
.:.Persoalan: apa yang PAS meminta tolong (keinginan PAS) dan apa yang PAS akan berikan pertolongan (sebagai ganti balik)?
2. Meminta pertolongan pada orang islam dan memberi pertolongan kpd orang islam  tidak ada pertikaian. (kerana itulah tanggugjawab asas sesama orang islam) “Dan Bertolong-tolonglah kamu dalam kebaikan dan taqwa” (almaidah 5:2)
.:.Persoalan: dengan siapa PAS bertahaluf siyasi?
3. Yang perlu diperbahaskan adlah meminta pertolongan kepada orang yang bukan islam(kafir) dan dalam masa yang sama menolongnya.
Tadi kita setuju bahwa tahaluf berasal dari perkataan hilf iaitu janji setia yang melibatkan dua pihak meminta pertolongan( isti’anah) & memberi pertolongan (I’anah)
Ok jadi kita akan bahaskan secara 2 bahagian iaitu 1)meminta dan 2)memberi pertolongan. Disana terletak beberapa syarat didlam setiap bahagian. Jadi secara ringkasnya boleh rujuk gambar rajah:

Pastikan POSISI anda kini dlm keadaan MENGINGATI ALLAH..