'SATU Ikatan' -peringatan bagi yang lupa

'SATU Ikatan' -peringatan bagi yang lupa
"DI ANTARA ORANG-ORANG MUKMIN ITU ADA ORANG-ORANG YANG MENEPATI APA YANG TELAH DIJANJIKAN KEPADA ALLAH . & DI ANTARA MEREKA ADA YANG GUGUR & DI ANTARA MEREKA ADA PULA YANG MENUNGGU-NUNGGU & MEREKA SEDIKIT PUN TIDAK MENGUBAH(JANJINYA)"[33:23]

Saturday, 16 July 2011

Memartabatkan syariat

Sedikit petikan yang bermakna yang jelas untuk di pelajari bersama:

"1. Tujuan perjuangan Islam adalah untuk memartabatkan syariat. Dengan itu ia mesti juga berlandaskan syariat pada matlamat dan wasilahnya.

2.Cara yang betul adalah dengan mengkaji syariat demi memahami kehendak syariat dari perjuangan Islam. Apa matlamat yang syariat nak kita capai? Apa wasilah yang syariat suruh kita gunakan? Apa bentuk gerakerja yang syariat perintahkan kita ikut? Apa larangan yang ditegah oleh syariat? Bila kita faham syariat, barulah betul apa yang kita buat.

3. Ada sesetengah yang menggunakan cara yang salah. Mereka buat strategi guna akal, kemudian cari hujah dari Al-Quran dan Sunnah untuk mengiyakan strategi mereka. Dalil-dalil juz'ie tidak dibaca dalam kelompok maqasid kulliah. Lalu berlagalah di antara dalil-dalil juz'ie itu. Juga tanpa disedari 'strategi guna akal dan diiyakan dengan dalil juz'ie' itu tidak menuju ke arah penegakan maqasid kulliah. Golongan ini juga adakalanya menggunakan hujah maqasid kulliah, tetapi malangnya oleh kerana kuatnya kehendak akal, bila mereka masuk ke dalam perbincangan maqasid, mereka tidak jumpa jalan untuk keluar darinya.

4. Beza kelompok pertama dan kedua adalah; kelompok pertama pasrah kepada kehendak syariat …. manakala kelompok kedua sentiasa berharap moga-moga syariat menyokong kehendak akal mereka."

Dipetik dari : http://satuperkongsian.wordpress.com/2011/06/06/syariat-dan-perjuangan-islam/

0 komen:

Post a Comment

Pastikan POSISI anda kini dlm keadaan MENGINGATI ALLAH..